[VIDEO] Isteri Bagi Jelingan Maut, Aksi Suami Sambut Bunga Pengantin Ini Raih Tumpuan
Bukan main dia sambut.
Pasangan pengantin yang baru kahwin sudah pasti akan mengadakan majlis perkahwinan
Setelah selesai majlis itu, ada juga pasangan yang membuat acara untuk rakan-rakan seperti menyambut bunga tangan pengantin sebagai tanda giliran seterusnya yang bakal berkahwin.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila salah seorang rakan lelaki dilihat seronok menyambut bunga tangan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seronok sambut bunga tangan, sekali kena jeling dengan isteri
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang berdiri di depan rumah mereka untuk acara membaling bunga tangan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang rakan lelakinya melompat dan menyambut bunga itu sebagai tanda gilirannya untuk berkahwin.
Namun, aksinya itu telah mendapat jelingan maut daripada isterinya. Dia dilihat terus behave dan memulangkan bunga tangan itu kerana takut pada isteri.
"Bang kalau nak bantal dengan selimut bagitau nanti saya hantarkan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 87K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!