seismik

"Tak Sanggup Telan" - Netizen Kembang Tekak Tengok Individu Makan Di Restoran Tema Najis

Semua makanan dia bentuk najis.

Cover image via @airieysayuti20 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terdapat banyak kafe hipster yang dibuka merata tempat sekarang

Ramai dilihat gemar meluangkan masa di kafe-kafe estetik dan unik sebab boleh bergambar. Ada kafe juga cantik dan Instagrammable. 

Baru-baru ini, kafe di Taiwan telah menarik perhatian ramai sehingga video seorang pelanggan mencuba menu mereka telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Dekorasi kafe seperti dalam tandas, menu juga berbentuk najis

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang mencuba kafe unik yang berada di Taipei, Taiwan.

Restoran itu dinamakan Moden Toilet Restaurant.  Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kafe itu dihiasi dengan bantal berbentuk najis. Tempat duduk dalam kafe itu juga merupakan bentuk jamban duduk.

Menu makanan juga dilihat berbentuk najis seperti roti, aiskrim dan macam-macam lagi. Perkara itu membuatkan ramai rasa geli dan loya tekak.

"Even makanan real pun aku jadi kembang tekak bila nak menelan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 85K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kembang tekak. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sesedap mana pun mungkin tak boleh nak telan sebab geli :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: