seismik

"Hidup Ketakutan" - Pemuda Kongsi Perit Tinggal Dengan Ayah Panas Baran Ini Curi Tumpuan

Ada yang sampai lari rumah.

Cover image via @ConfessTweetMY (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap keluarga sudah pasti mempunyai cabaran dan ujian masing-masing

Namun begitu, untuk menghidupkan suasana yang harmoni, ibu bapa perlu memainkan perasan yang besar dalam mendidik dan membentuk keluarga itu. Tetapi, semua itu tidaklah semudah yang disangka.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang individu berkongsi kisah keluarganya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah panas baran, selalu marah anak-anak dan isteri

Menerusi posting berkenaan, seorang individu telah meluahkan perasaannya melalui akaun Twitter @ConfessTweetMY.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia mengaku bahawa ayahnya mempunyai sifat panas baran. Dalam rumah itu, memang akan sunyi kerana tiada seorang pun yang berani bersuara. Pernah ibunya menghidangkan lauk lambat, ayahnya akan memaki hamun.

Sehinggakan ramai yang tidak tahan, alongnya pernah keluar rumah kerana dicekik ayahnya. Tidak lama kemudian, ayahnya meninggal dunia. Perkara itu mengubah kehidupan mereka keluarga kerana mereka hidup lebih ceria dan tenang.

"Dah tua bangka pun takda ilmu kawal marah baik tak payah berkeluarga" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 3K retweets, 513 quote tweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: