"Sebiji Mak Aku" - Gara-Gara Tak Tutup Suis, Cara Mak Ini Membebel Buat Ramai Boleh Relate
Serupa betul.
Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk mempunyai sifat suka berleter dan membebel
Iyalah, terlalu banyak hal yang mereka perlu uruskan di rumah. Kadangkala, mereka bukan ada niat nak membebel, cuma itu merupakan satu kebiasaan untuk meluahkan sesuatu perkara.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang mak dilihat membebel dan marah dengan perangai anaknya itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Membebel dan campak extension sebab tak tutup suis
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman yang memaparkan keadaan plug yang tak tertutup di ruang tamu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang mak dilihat membebel dan marah apabila nampak suis tak dimatikan. Dia juga mencampak extension wayar itu ke depan pintu akibat geram dengan perangai anaknya.
"Ni kali 999, aku tutup, aku ambil, aku simpan wayar ni. Haa, kalau tak reti simpan, ni makan dia", katanya.
Image via @ibucantik22 (TikTok)
"Baru je semalam ummi buat macam ni. Sampai laki terkejut. Haaa ni makan dia" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 124K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, ada yang boleh relate dengan perangai mak mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ibucantik22 (TikTok)
Image via @ibucantik22 (TikTok)
Image via @ibucantik22 (TikTok)
Image via @ibucantik22 (TikTok)
Sabar sis, nanti naik pula darah tu! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment