seismik

[VIDEO] Tengah Khusyuk Solat, Budak Kecil Minta Ayah Cium Ini Raih Perhatian Ramai

Alahai, adik ni pun.

Cover image via @tindasyaaaafar (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Memiliki anak kecil memang akan membuatkan rumah menjadi lebih riuh suasananya

Iyalah, anak kecil sememangnya banyak perangai dan telatah mereka. Kadangkala memang mencuit hati ibu bapa. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak kecil meminta cium daripada ayahnya ketika solat telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@tindasyaaaafar

agak random memang anakku

Animal baby -

Selamba minta cium masa ayah tengah solat

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah sedang melaksanakan solat sambil didatangi oleh anaknya di bilik.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anaknya itu datang menghampirinya sambil meminta cium.

Ayahnya itu kemudian dilihat sujud sambil mendekatkan muka ke arah anaknya. Setelah itu, ayahnya dilihat teruskan menyempurnakan solat.

"Tak diambil anaknya, kan bisa bilang sama anak, sini nak ayah lagi solat nanti ya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 7M tontonan, 483K tontonan, 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberika pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin lepas ni, boleh ajak anak ke tempat lain dulu nanti baru minta cium lepas ayah dia habis solat. :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: