Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sedap Dijadikan Kudapan Waktu Minum Petang, Ini 6 Resepi Cucur Yang Boleh Anda Buat

Makan panas-panas memang sedap!

Cover image via Foodmarket Popmama.com

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Cucur memang sangat sesuai dimakan sewaktu minum petang

Tambahan itu, cucur juga sering dipanggil sebagai cekodok ataupun jemput-jemput oleh sesetengah orang.

Kudapan ini mempunyai aneka jenis dan ia juga boleh dibuat mengikut cita rasa sendiri. Jika anda sukakan kentang, boleh tambah kentang ke dalam adunan. Jika anda tidak gemar akan bawang, tidak perlu tambah bawang ke dalam adunan.

Oleh itu, di sini kami kongsikan 6 resepi cucur lazat yang boleh anda buat untuk dimakan bersama keluarga sewaktu minum petang.

1. Cucur Lemak Manis

Image via @fatihah_dz (Instagram)

Seperti namanya, cucur ini sememangnya rasa berlemak manis. Mudah sahaja untuk dibuat dan menjadi kegemaran ramai tidak kira tua ataupun muda.

Jika anda tiada masa untuk membuat sendiri adunan tepung cucur lemak manis ini, anda boleh sahaja dapatkan tepung cucur lemak manis Adabi.

Dapatkan resepi penuh di sini.

2. Cekodok Pisang

Image via Dari Dapur

Antara cucur favourite orang ramai, cekodok pisang memang sedap dimakan bersama keluarga sewaktu minum petang.

Nak membuatnya pun mudah sahaja dan tidak leceh. Anda hanya perlukan empat bahan sahaja untuk membuat cekodok pisang yang sedap dan confirm ketagih ini!

Dapatkan resepi penuh di sini.

3. Cucur Jawa

Image via Rasa

Cucur jawa turut dikenali sebagai kuih topi dan rasa manis gula melakanya buat ramai orang suka akan cucur ini.

Anda juga boleh membuat cucur jawa perisa pandan, rasanya pun sedap juga! Enak dimakan bersama keluarga.

Dapatkan resepi penuh di sini.

4. Cucur Udang

Image via Rasa

Rangup di luar dan lembut di dalam, itulah yang membuatkan ramai orang tergila-gilakan cucur udang. Cucur ini sedap dimakan bersama sambal kacang tau.

Cucur ini bukan sahaja sedap, malah ia juga mengenyangkan. Nak membuatnya pun tidaklah begitu susah.

Dapatkan resepi penuh di sini.

5. Cucur Ikan Bilis

Image via Rasa

Peminat setia ikan bilis pasti sukakan cucur ikan bilis, lebih-lebih lagi bila dimakan semasa masih panas. Fuh, memang sedap!

Sedap dicecah dengan sambal, sos cili ataupun boleh dimakan begitu sahaja. Jika anda sukakan sayur juga, bolehlah tambah sayur-sayuran mengikut cita rasa anda bagi menambah lagi rasa sedap cucur.

Dapatkan resepi penuh di sini.

5. Jemput-Jemput Kelapa

Image via Secukup Rasa

Jika anda tidak pernah cuba jemput-jemput kelapa, inilah waktunya untuk anda cuba buat kali pertama. Percayalah, rasanya memang sedap belaka!

Boleh dimakan begitu sahaja atau anda boleh cecah dengan sambal tumis untuk melengkapkan lagi rasa cucur ini.

Dapatkan resepi penuh di sini

6. Cucur Bawang

Image via Kongsi Recipes

Antara resepi cucur yang sangat simple dan mudah dibuat pada bila-bila masa iaitu cucur bawang. Makan panas-panas sambil minum petang memang nikmat!

Bahan yang digunakan juga sedikit sahaja. Anda hanya perlukan tepung gandum, telur, bawang, gula, garam dan air untuk membuat cucur bawang yang enak.

Dapatkan resepi penuh di sini.

Wah, semuanya mudah dan nampak sedap. Jom buat! :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment