seismik

"Taro Lovers?" - Ini 5 Tempat Di Klang Valley Yang Tawarkan Kek Taro Kegemaran Anda

Wah, sedapnya!

Cover image via Cake Together

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Warna ungu taro yang cantik dan rasa lemak manisnya membuatkan ramai orang sukakannya

Bagi anda yang tidak mengenali taro, ia juga sering dipanggil sebagai keladi. Jika anda tidak pernah merasa dessert berasaskan taro, inilah petanda untuk anda cuba buat kali pertama!

Sering dijadikan sebagai perisa aiskrim, adakah anda tahu taro juga sedap dijadikan kek? Ya, memang sedap sangat. Tidak hairanlah kenapa taro ini sangat terkenal di negara Filipina.

Jadi, kami kongsikan di sini 5 tempat di Lembah Klang yang tawarkan kek taro sedap untuk santapan anda.

1. Kooky Cream

Image via Cake Together

Kek sponge ini disediakan bersama inti taro di dalamnya. Dengan tekstur kek yang lembut dan juga taro filling yang berlemak manis, bayangkanlah betapa sedapnya kek ini!

Juga dihias dengan pumpkin seeds, hawaiian coconut, almond flakes dan fresh cream. Sememangnya kombinasi yang anda tidak pernah fikirkan, tapi rasanya memang buat anda teringat-ingat.

Anda boleh dapatkan Taro Cake oleh Kooky Cream di kedai mereka ataupun anda boleh order secara atas talian. Penghantaran pada hari yang sama turut disediakan.

Alamat:
Lot A-G-02 The Hub SS2 19 Sentral, Jalan Harapan, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:
Isnin hingga Khamis, Ahad (12:30 PM hingga 9:30 PM)
Jumaat dan Sabtu (12:30 PM hingga 10:00 PM)

Kooky Cream | Cake Together

2. Junandus

Image via CakeRush
Image via Junandus
Image via Cake Together

Dilapiskan dengan sponge cake yang lembut dan gebu bersama krim taro. Kemudian, topping kek ini ialah jelly berwarna ungu dan juga buah-buahan seperti strawberi.

Kek ini sememangnya unik untuk dijadikan buah tangan, surprise untuk insan tersayang atau dimakan bersama keluarga. Terdapat tiga saiz untuk anda pilih dan harganya juga berpatutan, bermula daripada RM69 untuk saiz 13 cm x 12 cm.

Anda boleh dapatkan Taro Cake oleh Junandus ini dengan membuat pesanan secara atas talian. Penghantaran pada hari yang sama turut disediakan. 

Junandus | Cake Together | Cake Rush

3. Well Bakes

Image via Well Bakes
Image via CakeRush
Image via Well Bakes

Taro Cake oleh Well Bakes ini sudah menjadi kegemaran ramai oleh kerana design kek yang simple tetapi estetik dan juga rasanya yang buat orang ketagih.

Kek sponge perisa taro yang dilengkapkan dengan cream cheese ini boleh didapatkan dalam dua saiz dengan harga serendah RM78 dan RM138 untuk saiz paling besar.

Anda boleh dapatkan Taro Cake oleh Well Bakes di kedai mereka ataupun anda boleh buat pesanan secara atas talian. Penghantaran pada hari yang sama turut disediakan.

Alamat:
A-1-30, Eve Suite, Jalan PJU1A/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:
Isnin hingga Ahad (9:00 AM hingga 6:00 PM)

Well Bakes | Cake Together | Cake Rush


4. M Cake Boutique

Image via Cake Together
Image via Cake Together
Image via Cake Together

Inginkan dessert yang kurang manis? Inilah pilihan terbaik untuk anda. Kek taro ini diperbuat daripada krim kelapa kurang gula dan low-sugar puri taro bagi membolehkan orang ramai menikmati kek taro tanpa bimbang akan kandungan gula.

Kek ini juga bukan sekadar kek biasa, tetapi ia merupakan Basque Burn Cheesecake tau! Turut diletakkan blueberry dan jelly taro sebagai topping untuk melengkapkan lagi rasa. Wah, pasti sedap dan cair di mulut.

Anda boleh dapatkan Low Sugar Taro Basque Burnt Cheesecake oleh M Cake Boutique ini dengan membuat pesanan secara dalam talian. Penghantaran pada hari yang sama turut disediakan.

Cake Together

5. Vitto Bakehouse

Image via CakeRush
Image via CakeRush
Image via CakeRush

Layered taro sponge cake ini bukan sahaja cantik dilihat, tetapi sedap dimakan juga! Kek ini diperbuat daripada taro segar lalu dilenyekkan bersama krim tenusu untuk mendapatkan inti taro yang ekstra creamy dan berlemak manis.

Juga dilengkapkan dengan topping blueberry bagi menaikkan lagi rasa kek taro ini. Sememangnya pilihan kek yang baik untuk anda surprise insan tersayang jika mereka merupakan taro lovers. Pasti mereka akan puas hati!

Anda boleh dapatkan Taro Cake oleh Vitto Bakehouse ini dengan membuat pesanan secara online. Penghantaran pada hari yang sama turut disediakan.

CakeRush

Rugi tau kalau tak try kek taro ni. Semuanya sedap belaka!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: