seismik

"Sihat & Sedap" - Ini 6 Resepi Vegan Menarik Yang Boleh Anda Cuba Hari Ini

Resepi nombor 3 memang recommended.

Cover image via Authentic Food Quest & Resepi Bonda

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Makanan vegan merupakanan makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan

Mungkin ada sesetengah orang yang tidak boleh makan daging ataupun makanan yang berasal daripada binatang ternakan. Oleh itu, mereka hanya boleh makan makanan berasaskan sayur dan buah.

Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan sememangnya mempunyai khasiat dan sangat bagus untuk tubuh badan kita, maka kita perlu makan lebih banyak sayur dan buah.

Jadi, kami senaraikan 6 resepi vegan menarik dan sedap yang boleh anda cuba di rumah.

1. Murtabak Vegan

Murtabak sangat terkenal dengan isi daging atau ayam yang juicy, mesti anda terkejut melihat murtabak vegan, bukan? Ya, murtabak pun ada versi vegan tau. 

Resepi murtabak began ini menggunakan cendawan sebagai alternatif kepada daging. Sungguhpun begitu, hasilnya nampak sedap sekali! Sekali-sekala, apa kata anda cuba resepi ini.

2. Laksam Vegan

Bukan semua makanan vegan membosankan dan kurang rasa, di sini kami sertakan resepi laksam vegan untuk anda! Bila cakap tentang laksam, mestilah kena ada ikan betul tak?

Namun, resepi laksam vegan ini menggantikan ikan dengan soya meat tau. Rumpai laut pun turut dimasukkan juga untuk membuat kuah laksam. Memang lain daripada yang lain.

3. Spaghetti Bolognaise Vegan

Siapa peminat spaghetti? Anda wajib cuba resepi Spaghetti Bolognaise vegan yang mengenyangkan ini.

Resepi ini menggunakan daging daripada Harvest Gourmet iaitu daging yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Menarik betul.

4. Roti John Vegan

Apalah Roti John tanpa telur, betul tak? Tapi, bukan semua orang berpeluang untuk makan telur mungkin disebabkan alahan ataupun mereka vegan.

Oleh itu, resepi ini mengajar anda untuk membuat telur vegan yang rasa lebih kurang sama sahaja dengan telur asli. Mesti cuba! 

5. Spring Rolls Vegan

@mermaidbowl

Reply to @sastiasihite sesuai request, ini ya resep yg vegan friendly Vegan Spring Rolls #reseptiktok #springrolls #vegan

double take - dhruv

Jika anda peminat spring rolls, apa kata anda cuba resepi spring rolls versi vegan pula? Confirm tak mengecewakan.

Sebagai alternatif kepada crab meat, resepi ini menggunakan tauhu yang penuh dengan khasiat. Rasanya pasti sedap sekali.

6. Kuah Lodeh Vegan

Masih dalam mood raya? Jom cuba resepi kuah lodeh versi vegan ini!

Kuah lodeh yang penuh dengan sayur-sayuran ditambah lagi dengan tauhu dan juga tempe. Fuh, memang sedap kalau makan ketupat ataupun nasi impit panas!

Jika anda inginkan kelainan, bolehlah cuba resepi vegan ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: