“Rangup & Lembut” – Jom Cuba Resepi Roti Puri Tanpa Yis Yang Sedap Ini
Satu tak cukup.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Roti puri berasal dari negara India dan ia boleh didapati di kebanyakan gerai mamak
Siapa yang pernah mencuba hidangan ini pasti jatuh hati dengan rasanya yang unik. Oleh itu, roti puri telah menjadi kesukaan ramai di negara ini.
Kadangkala kita tidak ada masa untuk ke mamak ataupun mungkin roti puri tidak dijual di sana, jadi apa salahnya kalau kita buat sendiri roti puri di rumah? Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak begitu banyak.
Di sini kami kongsikan resepi roti puri tanpa yis yang enak oleh @masmayamanja di TikTok.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tepung gandum
- Gula
- Garam
- Minyak masak
- Air
Cara penyediaan:
1. Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan 3 cawan tepung gandum.
Image via @masmayamanja (TikTok)
2. Kemudian, masukkan satu sudu gula dan satu sudu kecil garam ke dalam mangkuk yang sama. Gaul hingga rata.
Image via @masmayamanja (TikTok)
3. Masukkan 6 sudu minyak masak ke dalam adunan yang sama lalu gaul hingga rata.
Image via @masmayamanja (TikTok)
4. Seterusnya, masukkan 200ml air ke dalam adunan tepung tadi secara perlahan-lahan. Gaul hingga sebati.
Image via @masmayamanja (TikTok)
5. Uli doh dan bentukkannya bulat lalu biarkan selama 30 minit.
Image via @masmayamanja (TikTok)
6. Selepas 30 minit, leperkan doh. Pastikan doh tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Image via @masmayamanja (TikTok)
7. Roti puri anda sudah boleh digoreng. Pastikan anda ratakan minyak di setiap permukaan roti puri. Dah siap!
Image via @masmayamanja (TikTok)
Lagi sedap kalau makan dengan kuah kari ataupun sambal ikan bilis 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

Cover image via