seismik
Tak Ada Idea Nak Serve Apa Untuk Tetamu? Cuba Resepi Roti Sangkaya Yang Senang & Sedap Ini
Confirm cepat je habis.
Cover image via
Keto Jules
& Pepak (Facebook)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda nak tahu, roti sangkaya ini berasal dari negara jiran kita iaitu Thailand
Sepertimana yang kita tahu, masyarakat Malaysia memang gemar akan makanan Thailand termasuklah pencuci mulut mereka.
Roti sangkaya boleh didapati di kebanyakan kedai makan Thailand. Namun, apa salahnya kalau anda buat sendiri di rumah?
Jika ada tetamu yang ingin berkunjung ataupun anda sendiri yang craving, bolehlah cuba resepi roti sangkaya oleh @syifajamil ini.
Cara penyediaan:
1. Pertama sekali, potong 6 helai daun pandan ke dalam blender dan masukkan sedikit air lalu kisar.
Image via @syifajamil (TikTok)
2. Tapis air daun pandan yang telah dikisar sebentar tadi.
Image via @syifajamil (TikTok)
3. Kemudian, masukkan 1 biji telur, satu sudu gula melaka dan dua sudu gula pasir.
Image via @syifajamil (TikTok)
4. Seterusnya, tuangkan 3/4 santan kotak dan kacau sehingga sebati.
Image via @syifajamil (TikTok)
5. Jika anda inginkan sangkaya berwarna hijau yang lawa, boleh masukkan sedikit pewarna hijau. Kalau tak letak pun rasanya masih sama.
Image via @syifajamil (TikTok)
6. Kemudian, masukkan sedikit garam dan satu sudu tepung jagung. Kacau sehingga sebati.
Image via @syifajamil (TikTok)
7. Selepas itu, panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga smooth dan tiada ketulan.
Image via @syifajamil (TikTok)
8. Sangkaya pun dah siap! Bolehlah makan dengan roti. Anda boleh kukus roti terlebih dahulu atau makan begitu sahaja. Dua-dua sedap.
Image via @syifajamil (TikTok)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik