seismik

"Dessert Lover?" - Jom Cuba Aiskrim Premium Dengan Lava Cookies Unik & Pasti Ketagih Ini

Ambil gambar dulu baru makan.

Cover image via @creamery_jb (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terletak di Johor dan merupakan satu-satunya cawangan Creamery Boutique Ice Creams yang menghidangkan lava cookies bersama aiskrim

Uniknya kafe aiskrim ini kerana pelanggan boleh memilih kombinasi cookie dan aiskrim yang mereka inginkan.

Terdapat pelbagai flavour yang disediakan untuk lava cookies dan juga aiskrim. Ada perisa teh tarik, coklat, salted egg dan banyak lagi.

Cookies yang disediakan pula bukanlah cookies biasa. Ia adalah lava cookies yang mempunyai inti panas ala-ala lava di dalam bila dipotong.

Lava panas di dalam cookies ditambah pula dengan sejuk aiskrim, memang tidak terkira nikmatnya. Kombinasi hebat kedua-dua dessert ini buatkan ramai orang menyukainya.

Apa yang lebih menarik adalah lava cookies dan aiskrim itu akan dihidangkan di dalam kuali leper kecil yang sangat comel. Bolehlah upload gambar di Instagram!

Selain daripada itu, anda juga boleh nikmati lava cookies ataupun aiskrim sahaja. Kalau anda nak tahu, mereka sediakan aiskrim premium handmade tau.

Tak tahu nak cuba yang mana satu, kami suggest anda cuba lava cookies perisa salted egg mereka bersama perisa aiskrim pilihan anda. Confirm rasanya sedap belaka!

Creamery Boutique Ice Creams dibuka setiap hari, menyesal kalau tak cuba!

Alamat: 

33, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi:
Isnin hingga Khamis, Ahad (1:00 PM hingga 9:00 PM)
Jumaat dan Sabtu (1:00 PM hingga 10:00 PM)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: