Tawarkan Lebih 13 Perisa Cream Puff, Jom Cuba Manisan Yang Penuh Inti & Sedap Ini!
Harga pun sangat berpatutan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Choux pastry atau lebih dikenali sebagai cream puff merupakan pencuci mulut kegemaran ramai
Kebiasaannya kebanyakan peniaga akan menjual cream puff klasik inti kastard, tetapi The Ordinary Baker menawarkan hampir 14 perisa cream puff yang sedap belaka!
Flavour cream puff yang dijual dikategorikan kepada dua iaitu classic dan premium. Boleh dibeli secara loose ataupun set kotak 9 biji hingga 36 biji.
Di sini kami senaraikan kesemua perisa cream puff yang disediakan oleh The Ordinary Baker.
1. Chocolate, Classic
Perisa yang wajib ada mestilah coklat! Penuh krim dan tak manis sangat, sesuai dimakan oleh semua.
2. Vanilla, Classic
Perisa klasik cream puff ini harus dicuba. Makan sekali, pasti nak lagi.
3. Yam, Classic
Jarang dibuat orang, perisa keladi ini antara cream puff yang must-try. Siapa yang tak pernah tahu macam mana rasa keladi, inilah masanya untuk cuba!
4. Thai Milk Tea, Classic
Perisa Thai Milk Tea ini confirm sedap! Rasa dia sama seperti minumannya.
5. Pandan, Classic
Perisa pandan The Ordinary Baker ini memang perfect. Takkan cukup satu!
6. Strawberry, Classic
Antara perisa kegemaran kebanyakan orang juga iaitu strawberi. Comel je warna merah jambu cair itu!
7. Salted Caramel, Classic
Tak pernah tak sedap, perisa Salted Caramel ini wajib anda cuba. Jangan beli satu je, beli banyak sikit!
8. Blueberry, Premium
Anda sukakan blueberry, cream puff ini akan buatkan anda gila bayang. Sedap sangat!
9. Match Green Tea, Premium
Matcha green tea lovers pasti obses dengan cream puff ini. Rangup di luar dan lembut di dalam, tambah lagi dengan krim matcha green tea, memang enak sekali!
10. Oreo, Premium
Perisa Oreo ini memang sesuai untuk semua jenis makanan dan minuman. Makan begitu saja pun sedap, dijadikan minuman ataupun ais krim pun sedap. Cream puff pula? Confirm sedap juga!
11. Tiramisu, Premium
Antara perisa yang rare disediakan oleh The Ordinary Baker. Siapa yang minat Tiramisu bolehlah cuba cream puff ini.
12. Musang King Durian, Premium
Wah, durian pun ada! Rugi kalau kalian tak try perisa Musang King Durian ini.
13. Biscoff, Premium
Pencinta Biscoff, silalah cuba cream puff ini. Kalian takkan menyesal!
Cream puff dijual dengan harga yang sangat berpatutan, sesuai dijadikan buah tangan juga
Anda boleh membuat pesanan secara online terlebih dahulu melalui laman web The Ordinary Baker atau walk-in sahaja pun boleh. Penghantaran ke rumah turut disediakan dengan caj yang telah ditetapkan.
Alamat: 51-GF, Jalan Setia Perdana BC U13/BC, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin Tutup), 11 pagi hingga 6 petang
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!