seismik

Ini 5 Menu Resepi Telur Yang Buat Anda Kenyang Untuk Sarapan Pagi

Semuanya mudah dibuat.

Cover image via Eat This Not That & The Worktop

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sarapan amatlah penting untuk tubuh badan manusia kerana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti seharian

Namun, ramai yang mengabaikan kepentingan sarapan di pagi hari disebabkan tak sempat ataupun tak tahu nak makan apa.

Jadi, kami senaraikan 5 resepi telur mengenyangkan yang boleh anda buat di rumah untuk sarapan pagi.

1. Sandwich Telur Mayonis

Image via Lady's Choice

Jika anda inginkan sarapan yang simple dan ringkas, sandwich telur mayonis mungkin sarapan yang sesuai untuk anda! 

Hanya dengan menggunakan 3 bahan utama iaitu roti, telur dan mayonis, anda mampu membuat sarapan ini. Anda juga boleh meletakkan sedikit lada hitam, salad atau timun untuk menambah rasa.

Dapatkan resepi penuh di sini.

2. Roti Celup Telur

Roti telur memang sangat sedap dibuat sarapan mahupun kudap untuk minum petang. Jika anda inginkan sarapan yang mengenyangkan, roti telur boleh membuatkan anda lebih bertenaga sebelum memulakan hari.

Hanya memerlukan roti dan telur serta sedikit garam untuk menambah rasa, roti telur ini boleh dibuat semudah ABC.

Dapatkan resepi penuh di sini.

3. Telur Separuh Masak

Image via Shiok Kopitiam

Jika anda pergi ke kopitiam, pasti anda pernah makan telur separuh masak. Tahukah anda bahawa telur separuh masak ini senang sahaja dibuat di rumah? Ya, sangat senang.

Anda hanya perlu merebus telur mengikut masa yang ditetapkan dan siap! Letakkan sedikit lada sulah ataupun kicap manis untuk jadikan ia lebih sedap.

Dapatkan resepi penuh di sini.

4. Telur Hancur

Image via NYT Cooking

Telur hancur atau sering dipanggil dalam Bahasa Inggeris sebagai scrambled egg juga merupakan antara resepi telur yang digemari ramai.

Anda boleh meletakkan sosej, sedikit sayur ataupun lada hitam untuk menambah lagi perasa.

Dapatkan resepi penuh di sini.

5. Roti Bakar Telur Goyang

Image via Flickr

Antara resepi telur yang famous, roti bakar telur goyang ini menjadi pujaan hati masyarakat Malaysia.

Anda boleh makan ia begitu sahaja, letakkan sedikit lada sulah ataupun kaya ala-ala roti titab. Confirm setiap hari rasa nak breakfast!

Dapatkan resepi penuh di sini.

Jadi, inilah 5 resepi telur yang mudah dan ringkas. Pastikan anda dapatkan sarapan sebelum memulakan hari anda! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: