“Lazat & Berpatutan” - Nikmati Hidangan Timur Tengah Di Restoran Babel Ini
Bestnya makan dekat sini!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Masyarakat di Malaysia sudah semakin gemar akan makanan daripada negara Timur Tengah
Mempunyai pelbagai hidangan yang sesuai dengan selera warga lokal, Restoran Babel menyajikan makanan Timur Tengah dengan harga yang sangat berpatutan.
Tambahan itu, Restoran Babel turut menyediakan hidangan daripada Itali dan Mexico seperti pizza, fajita dan banyak lagi.
Interior eksklusif buatkan pelanggan rasa lebih selesa untuk menjamu selera
Dengan hiasan dalaman restoran yang ala-ala hotel, pelanggan dapat nikmati sepenuhnya hidangan Timur Tengah di Restoran Babel.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menempah meja ataupun request hiasan meja untuk menyambut hari istimewa di restoran tersebut.
Terdapat banyak hidangan Timur Tengah yang perlu anda cuba di Restoran Babel
Jika anda merupakan peminat makanan Timur Tengah, anda wajib cuba Chicken Mandi dan Chicken Kabsa yang disediakan oleh Restoran Babel.
Ayamnya yang empuk serta nasinya yang penuh aroma akan membuatkan anda sangat berpuas hati! Dengan harga serendah RM15, anda dapat nikmati masakan Timur Tengah yang sangat lazat ini.
Untuk pencinta kambing, jangan risau kerana Restoran Babel turut menawarkan Lamb Mandi dan Lamb Kabsa dengan hanya RM25.
Turut menyajikan aneka hidangan BBQ yang mampu buat anda order untuk kali kedua
Ayam ada, lamb ada, daging lembu pun ada! Anda akan kenyang dan senang hati sampai ke esok pagi jika anda rasa Mix Grill ini. Dijual dengan harga RM38.50, ia sememangnya berpatutan kerana hidangannya juga besar.
Meat Tikka yang disediakan sememangnya sangat lazat hingga menjilat jari. Daging lembu yang juicy membangkitkan lagi selera! Anda boleh dapatkan Meat Tikka dengan hanya RM23.50.
Selain itu, Grilled Chicken dan kebab juga worth it untuk dimakan bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga.
Bukan setakat itu, banyak lagi menu yang ada di Restoran Babel ini
Klik sini untuk lihat menu penuh.
Jangan lupa tempah meja terlebih dahulu untuk elakkan full house di Restoran Babel tau!
Alamat: 2-1 & 2-2, jalan sp5/2, Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi hingga 1 pagi
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!