seismik

Craving Corndog? Ini 5 Tempat Anda Boleh Dapatkan Corndog Yang Enak!

Jom dapatkan sekarang.

Cover image via @chunzsingapore (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anda pasti tahu snek popular kegemaran ramai iaitu corndog, betul tak?

Dulu, memang payah sekali untuk dapatkan corndog di negara ini dan membuatnya sendiri di rumah pula memerlukan masa yang banyak.

Corndog yang diperbuat daripada sosej dan cheese yang dicucuk dengan lidi dan kemudiannya disalut dengan tepung jagung. Ada juga yang ditambah dengan topping menarik seperti kentang.

Jangan risau, sekarang kita boleh dapatkan corndog di kedai-kedai yang berdekatan. Di sini, kami senaraikan 5 tempat anda boleh dapatkan corndog yang sedap!

1. Chunz

Chunz merupakan antara kedai popular yang menjual corndog di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis corndog yang ditawarkan.

Anda juga boleh memilih sama ada anda mahukan isi sosej ataupun cheese dan anda boleh memilih topping kegemaran anda juga. Ada topping kentang dan juga mi.

Klik sini untuk ke laman web rasmi.

2. FamilyMart

Siapa sahaja yang tak mengenali FamilyMart? Kedai Jepun ini beroperasi hampir di seluruh Malaysia dan sudah pasti mudah sahaja untuk anda dapatkan corndog di sana.

Anda boleh memilih sama ada anda mahukan corndog dengan sos yang pedas ataupun biasa sahaja.

Klik sini untuk ke laman web rasmi.

3. CU Mart

Image via Foursquare

CU Mart berasal dari Korea dan banyak cawangan sudah dibuka di seluruh Malaysia. Oleh itu, makin mudahlah untuk anda beli corndog yang sedap dari kedai ini.

Anda boleh dapatkan corndog yang biasa ataupun bersama topping kentang. Dua-dua anda patut cuba tau!

Klik sini untuk ke Instagram.

4. emart24

Image via emart24

Turut berasal dari Korea, emart24 juga sudah dibuka di Malaysia lebih-lebih lagi kawasan Lembah Klang.

Selain daripada corndog, kedai ini menawarkan pelbagai jenis snek dan street food Korea yang sedap. Wajib try!

Klik sini untuk ke laman web rasmi.

5. BON Appetite

Kebanyakan kedai yang menjual corndog beroperasi di Semenanjung Malaysia, tapi jangan risau kerana terdapat juga kedai yang menawarkan corndog di Kuching, Sarawak.

Terdapat pelbagai jenis topping yang boleh anda pilih! Kepada mereka yang berada di Kuching, mesti cuba setiap satu tau.

Klik sini untuk ke Instagram.

Sekarang anda dah tahu dekat mana nak dapatkan corndog, jadi tunggu apa lagi? Jom beli!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik