seismik

Bermula Dari Pop-Up Tepi Jalan, Kenali Kopi Mekanisme Yang Diusahakan Dua Anak Muda Ini

Ok, jom kita pergi!

Cover image via @_mekanisme (Instagram) & @loca.cakes (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang sudah tak terkira dengan jari betapa banyaknya kafe ataupun kedai kopi di negara ini

Hal ini kerana masyarakat Malaysia gemar akan cafe-hopping dan mereka merupakan coffee lovers.

Selain daripada kedai kopi ataupun kafe terkemuka yang dikenali ramai, start-up atau kedai kopi lokal juga patut kita support dan banggakan. Iyalah, siapa lagi yang kena support mereka kalau bukan masyarakat tempatan.

Oleh itu, di sini kami kongsikan satu kedai kopi lokal di Klang Valley yang patut anda kunjungi.

Mulakan impian menjadi artisan kopi dengan membuka pop-up di tepi jalan

Bukan semua orang mempunyai peluang ataupun jalan mudah untuk memulakan bisnes. Namun, jika ada minat yang mendalam, sudah pasti akan menjadi juga akhirnya.

Bermula dengan pop-up di tepi jalan menjual kopi kegemaran ramai, kini Mekanisme semakin stabil dan merancang untuk meluaskan lagi impian mereka.

Bukan sekadar brand, Mekanisme turut berhasrat untuk mencipta satu komuniti yang senantiasa ada untuk satu sama lain.

Tawarkan aneka kopi, Mekanisme menjadi port lepak kegemaran anak muda

Mekanisme menyediakan beberapa jenis kopi yang boleh anda cuba dengan harga yang sangat berpatutan. Mereka juga menggunakan coffee bean yang berkualiti demi kepuasan hati pencinta kopi!

Mimuman must-try di Mekanisme sudah tentunya Buttercream Latte mereka. Rasa buttercream yang berlemak ditambah dengan rasa pahit manis kopi, memang tiada tandingan!

Selain itu, anda juga boleh mencuba Latte mereka dan add on syrup kegemaran anda sama ada hazelnut, caramel ataupun vanila. Perlukan ekstra kafein? Jangan risau, anda boleh minta extra shot dengan caj yang tertentu.

Image via SAYS Seismik

Tidak terhad kepada kopi, Mekanisme turut menawarkan beberapa minuman lain untuk mereka yang inginkan kelainan

Turut menawarkan minuman berasaskan matcha, antaranya ialah Matcha Latte, Dirty Matcha dan Yellow Matcha. Mekanisme menggunakan matcha powder yang premium untuk menjaga kualiti minuman mereka.

Selain itu, minuman coklat pun ada juga tau! Rugi kalau anda tak try.

Image via SAYS Seismik

Mekanisme juga menawarkan delivery dan collaboration untuk event

Alamat:
The Zizz, No 2, Jalan PJU 10/1a, @North Damansara, 47830 Petaling Jaya, Selangor (di dalam Catwhat Nation)

Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad (2:00 PM hingga 11:00 PM)
Isnin (Tutup)

Klik sini untuk ke Instagram.

Siapa yang berada di Klang Valley tu jomlah kita support lokal sambil minum kopi! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: