Sejarah Telah Dicipta, Gadis Ini Berjaya Jadi Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Di M'sia
Terbaiklah!
Baru-baru ini satu tweet telah viral tentang kejayaan seorang gadis berusia 22 tahun yang dikatakan berjaya menjadi Jurukimpal dalam air wanita yang pertama di Malaysia
Image via Google
Tweet tersebut juga telah berjaya meraih sebanyak 17 ribu retweets dan 13 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Gadis tersebut dikenali sebagai Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff diberi pujian oleh masyarakat kerana dia yang baru berusia 22 tahun dan juga seorang pelajar dari Kolej Vokasional Taiping, Perak telah berjaya membuat kerja-kerja welding di tengah laut.
Kerja-kerja kimpalan bawah air adalah salah satu pekerjaan yang amat berbahaya dan melibatkan kerja dalam persekitaran berisiko dengan keterlihatan minimum
Oleh itu, pemilihan kerjaya seperti ini amatlah memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Ia juga merupakan sesuatu yang Nur Izzati telah buktikan bahawa dia boleh melakukannya walaupun dia adalah seorang perempuan.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, kerja-kerja pengimpal bawah air ini diantaranya merupakan membaiki kapal, empangan, talian paip, rig pengeboran pesisir, kunci dan habitat sub-laut.
Image via Twitter @F4HM1EY
Nur Izzati dikatakan mempunyai impian untuk menceburi kerjaya kimpalan bawah air ketika dia masih bergelar seorang pelajar di Kolej Vokasional Taiping di Kamunting, Taiping, Perak. Dia juga merupakan satu-satunya pelajar wanita yang mempelajari bidang kimpalan di kolej tersebut pada tahun 2013.
Hebat sungguh!
"Ketika masih kecil, saya sangat suka untuk mencuba sesuatu yang baru dan cuba untuk melepasi limit diri sendiri. Ia merupakan sifat semulajadi saya." - Nur Izzati.
Gadis muda ini menjelaskan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh New Straits Times pada tahun lepas bahawa dia tidak pernah suka untuk bermain dengan boneka. Tidak seperti gadis yang lain sewaktu kecil. Dia juga mengaku bahawa dia merupakan seorang wanita yang bersifat kasar dan agak lasak. Malah, dia sering bermain dengan rakan-rakan lelaki ketika di kampung.
Tambahan pula, cita-citanya adalah untuk menjadi seorang askar ketika kecil. Namun, semuanya berubah selepas dia menghadiri lawatan ke lapangan Pusat Latihan Weldzone
Image via WeldFab Tech
Setelah itu, dia kemudian memutuskan untuk mengambil kursus ini dan sejak itu juga dia turut menjadi penolong pengajar di pusat tersebut.
Nur Izzati kini dipuji oleh masyarakat dengan pemilihan kerjayanya ini:
Rakyat Malaysia bangga dengan #AnakPerak ini, syabas!
Image via Pengerang Malaysia / Facebook
Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment