Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sekumpulan Anak Muda Ubah Suai Bas Lama Jadi Pusat Pengajian Al-Quran Di Rembau

Alhamdulillah, inisiatif yang bagus.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekumpulan anak muda mengambil inisiatif untuk melahirkan komuniti celik al-Quran di daerah Rembau, Negeri Sembilan

Kumpulan seramai 13 orang itu difahamkan masing-masing baru berusia awal 20-an. Pada awalnya, idea mereka ini dianggap sesuatu yang janggal. 

Namun, lama-lama kelamaan idea mereka untuk membuka kelas mengaji di dalam bas lama ini menerima penerimaan orang ramai. 

Kumpulan yang dikenali sebagai 'Rembau Awesome' itu telah menerima sambutan seramai 167 orang termasuk 35 dewasa. 

Image via Sinar Harian

Tak mudah nak operasikan bas lama sebab kos yang perlu ditanggung

Muhammad Aliff Ibrahim yang merupakan ketua kumpulan itu mengatakan kos operasi yang perlu ditanggung termasuk kos membayar elaun kepada enam tenaga pengajar adalah sebanyak RM6,000.

Menurut sumber, dia mengakui bukan mudah nak bangunkan pusat pengajian al-Quran kerana kekangan kewangan. 

"Tapi alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai, bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri serta bayaran yuran yang minimum daripada sebahagian pelajar yang berkemampuan, kami mampu bertahan sehingga kini,” katanya.

Image via Sinar Harian

Walau bagaimanapun ia tidak mencukupi kerana mereka hanya meraih pendapatan sederhana, Muhammad Aliff tetap tidak putus ada untuk terus berbakti.

Mereka sekumpulan juga mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi meneruskan operasi pusat pengajian al-Quran dengan lancar.

“Ini kerana sebahagian pelajar adalah anak asnaf, anak yatim dan miskin. Jadi, kami akan cari ikhtiar walau terpaksa bergolok bergadai dengan menjual harta yang ada,” katanya.

Gembira dapat mengajar mereka yang pada awalnya tidak mengenali huruf, namun kini mampu membaca al-Quran dengan lancar

Pada awalnya, pengurus pusat itu hanya membeli sebuah bas dengan harga RM5,000 pada tahun 2017. Namun, kini telah berkembang dan memiliki empat bas.

“Kita ada kelas setiap Isnin hingga Khamis dan ada tiga sesi pengajian iaitu pada jam 5 petang hingga 6.30 petang dan 8 malam hingga 9.30 malam untuk kanak-kanak serta remaja manakala dewasa pada jam 9 malam hingga 11 malam.” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment