seismik

Tular Video Wanita Maut Selepas Ditolak Kekasih Dari Tingkat 23 Apartment Di Setia Alam

Difahamkan, lelaki itu telah ditahan & direman pihak polis.

Cover image via @odrooZ (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Baru-baru ini, tular satu video ngeri yang memaparkan seorang wanita terjatuh dari sebuah bangunan

Wanita itu didakwa ditolak kekasihnya di tingkat 23 yang disebabkan pergaduhan antara mangsa dan teman lelakinya. Menerusi video yang tular di X, kedengaran suara wanita menjerit kuat. 

Kemudian, kelihatan satu objek yang diyakini sosok tubuh badan wanita itu terjatuh dari bangunan tinggi ke sebelah kolam. Mangsa didakwa ditolak kekasih di kediaman yang terletak di Setia Alam. 

Lelaki tolak kekasih rupa-rupanya positif dadah

Seorang lelaki warga tempatan itu telah ditahan polis. Menurut laporan Mohd Redzuan Abdul Manap, lelaki yang berusia 37 itu dipercayai menolak kekasihnya di apartmen Setia Alam selepas pergaduhan sekitar 10 malam tadi.

Mangsa maut wanita merupakan warga Thailand yang berusia 32 tahun. Suspek positif dadah dan ada 7 rekod jenayah serta 1 dadah. Suspek warga tempatan ditangkap 10.10 malam di lokasi kejadian

Image via Buletin TV3

Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori akan direman pagi ini untuk siasatan bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: