Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Selain Israk & Mikraj, Ini 4 Peristiwa Penting Lain Dalam Bulan Rejab Yang Anda Patut Tahu

Rejab adalah bulan yang layak dihormati dan dimuliakan oleh umat Islam.

Cover image via Harian Metro Times Of India

Umum sedia maklum, Rejab merupakan bulan yang ke-7 dalam kalendar Islam atau takwim Hijrah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Selain menandakan kehadiran bulan Ramadan yang hampir tiba, bulan Rejab juga sering mengingatkan kita sebagai umat Islam untuk mengambil pengajaran daripada pelbagai peristiwa yang berlaku dalam bulan ini.

Malah, setiap kali masuk bulan Rejab, mesti terlintas di fikiran kita iaitu bulan Rejab adalah bulan Israk dan Mikraj.

Sedangkan selain peristiwa bersejarah tersebut, sebenarnya terdapat beberapa peristiwa penting lain dalam bulan Rejab yang padanya terdapat banyak hikmah dalam peristiwa berkenaan.

Menerusi sumber, berikut di bawah dikongsikan 5 peristiwa penting dalam bulan Rejab yang anda patut tahu:

1. Hijrah pertama dalam Islam

Hijrah pertama ke Habsyah (Ethiopia) berlaku pada tahun ke-5 kenabian Rasulullah SAW atau pada tahun 615 Masihi.

Ia berlaku berikutan peningkatan tekanan dan ancaman kepada baginda Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Allah SWT.

Rasulullah sedar bahawa agama Islam baru sahaja hendak berputik di Mekah tetapi hampir setiap hari baginda SAW dan pengikutnya didera atau menerima ancaman yang menakutkan.

Jadi, Rasulullah SAW bimbang ancaman sedemikian akan menyebabkan pengikutnya kembali kepada agama asal, jika tidak ada usaha membawa mereka keluar dari kota Mekah.

2. Israk dan Mikraj

Gambar sekadar hiasan.

Image via Indahnya Islam

Mulianya bulan Rejab ini kerana berlakunya peristiwa penting iaitu Israk dan Mikraj dan mulai detik itu, umat Islam mula diwajibkan melaksanakan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam. Firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14:

Sesungguhnya Akulah Allah, tiadalah Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati-Ku.
Surah Toha ayat 14.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan perjalanan Rasululalh SAW yang bermula dari Masjidil Haram menuju Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Israk dan Mikraj juga merupakan cara Allah ‘menghiburkan’ Rasulullah SAW yang pada tahun sama kehilangan isteri kesayangannya iaitu Khadijah binti Khuwailid dan bapa saudara Baginda yang paling rapat, Abu Thalib.

Bahkan pada ketika itu juga Baginda melalui tentangan yang sangat hebat dalam usaha dakwah baginda menyebarkan Islam. Sesunguhnya Israk dan Mikraj mempunyai kisah tersendiri yang sangat panjang, istimewa dan menginsafkan.

3. Pembebasan dan kejatuhan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis mula dibuka semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar bin al-Khattab dan berjaya mempertahankan kota suci ketiga itu selama 500 tahun.

Namun, kota itu ditawan kembali oleh musuh Islam dan memerintahnya selama 50 tahun, sebelum Salahuddin al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah.

Panglima Salahudin al-Ayyubi bersama-sama pasukan kaum Muslimin mengepung dan membebaskan kota al-Quds yang telah lama dikuasai oleh pasukan Salib itu.

Dengan kejayaan itu, umat Islam akhirnya kembali hidup di bawah pemerintahan Islam selepas beberapa puluh tahun di bawah belenggu penjajahan Kristian.

4. Penghapusan sistem Khalifah Islamiah

Selepas 760 tahun peristiwa pembebasan itu iaitu pada 28 Rejab 1342 Hijrah atau 1924 Masihi, sistem Khalifah Islamiah dihapuskan secara rasmi oleh Mustafa Kamal Pasha Atartuk di Turki.

Penghapusan tersebut menyebabkan konsep ukhuwah dalam kalangan umat Islam yang dibentuk oleh Rasulullah SAW telah hilang dan kesannya, pada tahun 1948 Masihi (1377 Hijrah), Baitul Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam sehingga kini.

5. Kelahiran Imam As-Syafie

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Peristiwa terakhir yang juga berlaku pada bulan Rejab ialah lahirnya Imam As-Syafie. Kelahiran Imam As-Syafie pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin itu sebagai permata yang berharga kepada umat Islam pada hari ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada Imam Mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan mazhab As-Syafie. Kehebatan beliau dalam dunia ilmu agama dikagumi oleh semua orang.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata: Imam As-Syafie itu ibarat matahari bagi dunia."

Semoga perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan kita mengenai peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment