Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Selangor Cadang Kuat Kuasa 'Hari Tanpa Beg Plastik' Setiap Jumaat Hingga Ahad Tahun Depan

Kerajaan negeri sedang meneliti punca kuasa untuk berbuat demikian bagi menguatkuasakan inisiatif berkenaan.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan di negeri itu pada tahun hadapan

Menurut laporan Bernama, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, kerajaan negeri sedang meneliti punca kuasa untuk berbuat demikian bagi menguatkuasakan inisiatif berkenaan dalam usaha ke arah bebas penggunaan beg plastik.

"Sebenarnya kita telah mengadakan bengkel untuk memperkuat atau memperketat undang-undang berkaitan di samping tindakan penguatkuasaan bagi perkara itu.

"Ketika ini, penting juga untuk kita mengetahui jenis punca kuasa yang boleh digunakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri supaya apabila diumumkan inisiatif ini, ia dapat dilaksanakan seiring dengan tindakan penguatkuasaan,”
katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) mengenai perancangan kerajaan negeri untuk terus mempergiat kempen sifar plastik dan polisterina di Selangor.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Selangor, Jamaliah Jamaluddin

Image via Hafiz Othman/Media Selangor/Selangor Journal

Selangor mula melaksanakan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' pada 2010 dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan pada setiap Sabtu

Dalam pada itu, pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Dengan inisiatif ini, Selangor terus menerajui usaha pemuliharaan alam sekitar di Malaysia. Pelanjutan larangan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dan tindakan alam sekitar yang lebih besar dalam kalangan perniagaan dan pengguna, sekali gus membuka jalan ke arah masa depan yang lebih hijau.

Untuk rekod, sebanyak 86,449 tan metrik sampah dikutip di Sungai Klang melalui projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menggunakan mesin pengutip sampah Interceptor 005 sejak 2016.

Daripada jumlah itu, 49 peratus sampah organik manakala daripada 51 peratus sampah bukan organik, 80 peratus adalah plastik.

Malah, Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) juga menganggarkan kira-kira sembilan bilion beg plastik digunakan oleh penduduk negara ini saban tahun.

Gambar sekadar hiasan

Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment