seismik

[ULASAN] Ini Beza Antara Urutan 'Qi Odyssey & Thai Odyssey' Yang Anda Kena Tahu

Jom manjakan diri dan legakan sengal badan.

Cover image via SAYS Seismik

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebanyakan kita mesti sudah biasa dengan rawatan urutan yang ditawarkan oleh Thai Odyssey bukan?

Namun, jika anda ingin mencuba rawatan urutan yang berbeza, anda bernasib baik kerana Thai Odyssey baru-baru ini membuka outlet Qi Odyssey terbesar mereka di Berjaya Times Square.

Apakah perbezaan antara Thai Odyssey dan Qi Odyssey? Qi Odyssey menawarkan urutan tradisional ala Cina dan direka bentuk dengan citarasa golongan muda dari segi interior hingga hiasan.

Untuk pengetahuan anda, Qi Odyssey bermula sebagai sebuah kedai teh yang menawarkan refleksologi dan urutan separuh badan. 

Selepas ramai pelanggan bertanya tentang urutan seluruh badan, Qi Odyssey akhirnya menambah urutan seluruh badan dalam senarai rawatan urutan mereka.

Image via Qi Odyssey

Qi Odyssey mempunyai beberapa rawatan urutan seperti:

  • Qi Meridian Massage (Full Body Massage)
  • Silver Cloud Massage (Half Body)
  • Golden Cloud Massage (Foot Soak+Half Body)
  • Monk’s Feet Massage (Foot Soak+Reflexology)
  • Triple Treasure Massage (Foot Soak+Half Body+Reflexology)

Pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah snek dan teh, serta memilih untuk rendaman kaki herba Cina (halia, Artemisia argyi, campuran safron) atau rendaman kaki bom mandi dengan empat aroma untuk dipilih (Rose & Mint, Mandarin Orange, Honey & Lemon dan Lavender).

SEISMIK juga berpeluang untuk mencuba urutan Qi Meridian di outlet Berjaya Times Square untuk dibandingkan dengan urutan seluruh badan di Thai Odyssey.

Pengalaman berurut Qi Meridian di Qi Odyssey

Sebelum sesi rawatan urutan bermula, tetamu akan diberi pilihan untuk memilih minyak urut yang mereka suka. Di Qi Odyssey, mereka menawarkan tiga jenis dan aroma minyak urut:

  • Jade (Geranium, Spearmint, Lemon)
  • Autumn (Bergamot, Mandarin Orange, Lavender)
  • Blossom (Vanilla, Yuzu, Grapefruit)

Penulis memilih Jade kerana mempunyai gabungan bau spearmint-lemon yang unik, ia amat menyenangkan dan menyegarkan.

Image via SAYS Seismik

Selepas memilih minyak urut, tetamu boleh memilih untuk menambah makanan ringan seperti teh dan snek. 

Terdapat tiga pilihan snek (shrimp rolls, crispy twist rolls dan pineapple tarts) manakala terdapat sembilan pilihan teh, dan dua perisa kombucha untuk dipilih. Untuk menu penuh dengan harga anda boleh semak di SINI.

Penulis memilih untuk menikmati shrimp rools dan jasmine selepas sesi urutan. Sama seperti Thai Odyssey, sesi bermula dengan mencuci kaki, menggosok, dan urutan kaki ringan.

Semasa menikmati rendaman kaki, penulis perasan interior dan hiasannya sangat minimalis dengan pengaruh budaya Cina.

Image via SAYS Seismik

Semasa urutan seluruh badan, saya perasan bahawa urutan Cina lebih fokus pada titik tekanan. Tukang urut akan menggunakan siku untuk menekan titik tekanan dan menggunakan lengan bawah untuk melepaskan ketegangan dan simpulan.

Sementara itu, urutan Thai menggunakan lebih banyak gerakan menguli untuk melepaskan simpulan dan ketegangan otot.

Menggunakan siku untuk menekan titik tekanan mungkin tampak kedengaran sangat menyakitkan tetapi ia berfungsi dengan baik untuk menenangkan otot yang tegang dan letih. Seperti biasa, tetamu boleh berkomunikasi dengan tukang urut mengenai intensiti urutan.

Berbanding dengan Thai Odyssey, penulis mendapati urutan seluruh badan Qi Odyssey terasa lebih santai. Walau bagaimanapun, jika anda lebih suka diuli, urutan Qi Meridian mungkin terasa ringan untuk anda. Selepas selesai urutan seluruh badan, ketegangan di leher, bahu, dan betis penulis sangat terasa lega.

Image via SAYS Seismik

Di Qi Odyssey mempunyai bilik urutan persendirian dan pasangan serta bilik lain untuk urutan separuh badan dan refleksologi.

Anda boleh layari laman web Qi Odyssey di SINI senarai rawatan yang tersedia dan harga di Bukit Jalil dan lokasi terbaru di Berjaya Times Square.

Qi Odyssey @ Berjaya Times Square

Alamat: Lot No. 02-38, Second Floor, Berjaya Times Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 petang (Setiap hari)
Telefon: +603-2110 2263
Laman web: Qi Odyssey
Media Sosial: Facebook | Instagram

Nota: Cawangan Qi Odyssey di Tropicana Gardens Mall telah ditutup operasinya sejak pada 3 November lalu. Walau bagaimanapun, cawangan Qi Odyssey baharu akan dibuka tidak lama lagi di Setia City Mall! Nantikan lebih banyak kemas kini.

Thai Oddysey @ The Exchange 106, Kuala Lumpur juga kini sudah dibuka sepenuhnya!

Image via SAYS Seismik

Umum sedia maklum, Thai Odyssey sememangnya sudah terkenal sebagai salah satu tempat urut terbaik di Lembah Klang.

Dengan lebih 45 cawangan di Malaysia, mereka menawarkan urutan Thai tradisional yang membantu melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan otot.

Tempat ini sangat sesuai kalau anda nak rasa pengalaman urutan ala Thailand tanpa perlu pergi jauh.

Bagi yang tinggal berdekatan di Lembah Klang, Thai Oddysey juga telah membuka cawangan baharunya baru-baru ini The Exchange 106, Kuala Lumpur. Jangan lupa singgah di cawangan terbaru ini jika anda datang ke The Exchange 106.

Image via SAYS Seismik
Image via SAYS Seismik

Thai Oddysey @ The Exchange 106

Alamat: UG.27, Level Upper Ground, Menara Exchange 106, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 petang (Setiap hari)
Telefon: 603-2142 0575
Laman web: Thai Odyssey
Media Sosial: Facebook | Instagram

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: