Selepas Nora Danish, MINAZ Kini Tampilkan Kilafairy Untuk Kempen Keluaran Tudung Terbaru
Ianya juga bertepatan dengan sempena kempen global Hari Hijab Sedunia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menepis tuduhan sengaja mencipta kontroversi atau publisiti murahan untuk melariskan produk
Jenama MINAZ Hijab tetap percaya paksi 'dakwah kecil' mereka menggalakkan ramai wanita menutup aurat dengan bertudung tidak tersasar.
Malah jenama itu meluncur pada tahun 2010, mula diperkenalkan sebagai satu jenama fesyen modest tempatan yang memberi lebih fokus kepada wanita dan keluarga.
Selepas memperkenalkan Nora Danish untuk siri kempen MINAZ Hijab Blossom 2.0 tahun lalu yang mengundang kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita 'free hair', jenama itu kini menyunting Kilafairy pula untuk kempen sama edisi 3.0 dipanggil Next Chapter.
Pemilihan anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil itu sebaliknya dipuji ramai bersandarkan imej sopan dan hijrah yang dimulakan sejak tahun 2020 itu.
Image via @minazhijabofficial (Instagram)
Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberi inspirasi
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama tudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ itu mempunyai sebab konkrit memilih Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan.
"Bertepatan dengan kempen global Hari Hijab Sedunia, MINAZ mahu bawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri. Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan kami inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.
"Ia sekali gus melantiknya sebagai muka hadapan kempen dengan sorotan episod seterusnya saat dia berhijrah memulakan kehidupan fasa berhijab," katanya yang turut bertindak sebagai Pengarah Fesyen jenama itu.
Image via @minazhijabofficial (Instagram)
Kata isteri kepada Tamizee Adzman itu, dia sendiri melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.
"Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab. Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya. Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung.
"Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak menjolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini," katanya.
Dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai, pembungkusannya juga setanding jenama mewah
MINAZ Hijab dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series MINAZ pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.
Kejayaan koleksi terdahulu contohnya sebanyak 300,000 helai terjual selepas lima bulan dilancarkan turut berpanjangan kepada siri terbaru menggunakan khidmat dan pesona Kilafairy.
Pra tempahan tudung bawal siri ketiga itu berjaya terjual 250,000 helai.
"Salah satu impian saya selepas 12 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen ini mahu berkongsi rezeki. Kini ia menjadi nyata kerana ribuan ejen dan stokis seluruh Malaysia berjaya menjana pendapatan bersama kami.
"Sasaran kami juga untuk melahirkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Marilah sama sama kita jadi Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ.
"Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai. Pembungkusannya setanding jenama mewah.
"Pelancaran rasminya akan dibuat 8 malam ini (2 Februari 2022). Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari www.minaz.com.my," katanya.
Image via @minazhijabofficial (Instagram)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment