Semak Dahulu Sebelum Guna, 3 Ciri Face Mask 'Fabrik' Ini Sahaja Yang Disyorkan Oleh WHO
Jangan silap pilih ya.
Kita semua sedia maklum bahawa pemakaian face mask merupakan satu kaedah pencegahan yang penting
Ia bagi mengelakkan kira-kira 60 peratus penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk Covid-19.
Malah, kerajaan juga telah mewajibkan penggunaan face mask dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia akan membabitkan pengangkutan awam seperti bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) serta tempat awam termasuk pasar dan pasar tani.
Walaupun sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian face mask, namun rakyat dilihat semakin alpa dalam mematuhi SOP yang ditetapkan
Image via New Straits Times
“Selama ini kerajaan tidak mewajibkan penggunaannya (face mask) kerana akan membebankan kepada orang ramai yang berpendapatan rendah.
“Ia kerana tempoh terbaik untuk penggunaan setiap pelitup muka adalah selama tiga jam, kalau keluarga yang besar tanggungan tentunya akan membebankan," katanya.
Begitupun, orang ramai juga boleh menggunakan face mask yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Berikut adalah 3 ciri pemilihan face mask fabrik mengikut saranan WHO:
1. Lapisan dalamnya perlu menyerap air seperti kapas atau campuran kapas.
Fungsinya, bagi menyerap titisan cecair.
Image via Google
2. Lapisan tengah perlu bersifat menghindar penyerapan air dan diperbuat daripada bahan sintetik, bukan tenunan seperti Polipropilena atau lapisan kapas.
Fungsinya, meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair.
Image via Google
3. Lapisan luar bersifat menghindar penyerapan air. Contoh bahan adalah Polipropilena, poliester atau campurannya.
Fungsinya, menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai.
Image via Google
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama terus patuhi SOP yang ditetapkan kerana kita semua masih belum menang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment