"Kini Lebih Mudah Dengan 'Cashless'!" - Semak Dan Bayar Cukai Tanah Anda Secara Online
Semak awal, bayar awal dan elak tunggakan!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor.
Tahukah anda? Pejabat Tanah & Galian Selangor tidak lagi membuat penghantaran bil cukai tanah dan cukai petak sejak tahun 2024
Bagi pemilik tanah, sudah pasti menjadi tanggungjawab untuk sentiasa membayar cukai tanah on-time sebaik sahaja mendapat bil dari Pejabat Tanah & Galian.
Namun begitu, Pejabat Tanah & Galian Selangor tidak akan lagi membuat penghantaran bil ke rumah pemilik sejak tahun 2024.
Jadi, bagi mengelakkan berlakunya tunggakan, anda perlu sentiasa melakukan proses semakan secara dalam talian.
Semak dan bayar cukai anda secara dalam talian, lebih mudah serta selamat!
Memandangkan tiada lagi penghantaran bil kepada pemilik, anda boleh layari Portal Awam e-Tanah Selangor untuk semak dan bayar secara dalam talian.
Anda digalakkan untuk menggunakan platform dalam talian kerana segala urusan adalah cashless dan lebih cepat.
Jadi, tak perlulah lagi anda ke kaunter Pejabat Tanah untuk menunggu giliran. Dah jimat masa dan tenaga anda!
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh sahaja layari Portal Rasmi Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor atau klik sahaja di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!