Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Semoga Kau Tenang Di Sana Sahabatku" - Rakan Artis Bersedih Pemergian Datuk Nassier Wahab

Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali.

Negara dikejutkan dengan pemergian permata seni tanah air iaitu Datuk Nassier Wahab pada jam 12.45 tengah malam, Khamis, 5 Disember di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC)

Memetik laporan Berita Harian, keadaan Allahyarham tiba-tiba bertukar teruk selepas muntah darah pada jam 12.30 tengah malam. Dia segera dibawa ke hospital selepas itu.

"Seperti semua sedia maklum, arwah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, Julai lalu. Selepas itu, arwah melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.

"Doktor meminta arwah menjalani rawatan menambah darah semalam (kelmarin) kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat tadi (malam tadi), arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.

"Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 tengah malam, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada," kata pembantu peribadinya, Aliff Salim. 

Datuk Nassier Wahab

Image via Berita Harian

Tambah Aliff lagi, Allahyarham merahsiakan kesakitannya daripada pengetahuan umum

"Sebelum ini Nassier memang merahsiakan kesakitannya. Umum memang nampak Nassier sihat, tetapi sebenarnya dia tidak mampu menahan sakit apabila masalah kesakitan akibat ketumbuhan itu menyerang.

"Apabila sakit itu datang, saya terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan dengan memberi alasan jadualnya padat. Nassier hanya akan mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit itu.

"Apabila terlalu berterusan, doktor memberitahu kaedah ini tidak bagus kerana boleh menjejaskan kesihatannya, doktor menasihatkan Nassier menjalani pembedahan tetapi dia kerap menangguhkannya.

"Selepas kali ketiga berjumpa doktor, barulah dia setuju untuk buat pembedahan pada 1 Jun lalu," katanya kepada Harian Metro.

Image via Google

Rakan-rakan artis turut bersedih dengan pemergian beliau

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarham. Sememangnya, negara telah kehilangan permata yang sangat berharga.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah tiada:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment