Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Semoga Murah Rezeki" - Tular Tauke Kedai Ini Hidang Nasi Bukit & Makanan Penuh Sepinggan

Kenyang sampai ke malam ni.

Cover image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang suka explore kedai makan viral, sudah pastinya anda akan mencuba menu-menu terbaru yang menjadi bualan orang ramai bukan?

Kuasa viral netizen Malaysia sememangnya mampu mendatangkan rezeki bergolek buat penjual tidak kiralah mereka yang hanya membuka warung tepi jalan sehingga ke restoran besar.

Sama juga seperti sebuah kedai makan yang menjadi tarikan netizen di TikTok baru-baru ini apabila tular makanannya yang dikatakan penuh sepinggan macam bukit membuatkan ramai ingin mencubanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nasi bukit jadi tumpuan, bukan saja murah tapi sedap

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amirulrahimxyon dengan kapsyen "Ya Allah banyak betul nasi kedai ni, moga murah rezeki owner meniaga," kelihatan dia dan kawan-kawannya sedang menikmati makanan di sebuah kedai yang terletak di Padang Jawa, Shah Alam.

Apa yang menarik perhatian adalah, portion nasi setiap pinggan di meja mereka dihidangkan dengan sangat banyak. Jika dilihat sekali lalu, bukan saja nasinya yang banyak, tetapi isi dan lauk di dalam setiap pinggan juga penuh.

Senang cerita, satu pinggan memang boleh kongsi tiga hingga empat orang. Ikutan itu, ramai yang memuji sikap pemurah owner kedai Nasi Bukit kerana tidak kedekut menghidangkan makanan sedap dan murah kepada pelanggan.

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

"Bagus owner kedai tu, buat lebih sebab niat nak sedekah. Customer habis tak habis lain cerita, yang penting puas hati," - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 2M tontonan, 243.3K tanda suka serta 10.7K perkongsian di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut tertarik dengan menu-menu di kedai tersebut dan meminta lokasinya kepada si perakam video.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Terliur pula tengok nasi goreng dia. Tak boleh jadi ni, nak pergi juga! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment