Sempat Bertahan & Lawan Sakit, Kucing Oyen Mangsa Nahas Elmina Dilaporkan Sudah Tiada
Tenanglah awak Oyen.
Seekor kucing yang diselamatkan di lokasi nahas melibatkan sebuah pesawat di Persiaran Elmina, Shah Alam, dilaporkan mati semalam, 27 Ogos
Perkara itu disahkan oleh doktor haiwan bernama Zul Erwan menerusi akaun media sosial yang turut sedih atas pemergian haiwan berkenaan.
Media sebelum ini menyiarkan kisah Oyen yang ditemui cedera berhampiran lokasi nahas pesawat terhempas yang mengorbankan 10 nyawa.
Lihat posting itu di bawah:
Image via @zulerwan (Instagram)
Dapati dijangkiti virus positif
Doktor tersebut memaklumkan, Oyen mengalami virus positif di dalam badannya membuatkan dia lemah dan tidak bermaya.
"Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telahpun pergi untuk selamanya hari ini. Oyen yang didapati positif untuk virus FIV (AIDS kucing) , membuatkan sistem immune badan Oyen terganggu"
"Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak. Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen," tulisnya.
Sebelum itu, Oyen dilaporkan berada keadaan stabil dan semakin pulih daripada kecederaan.
Image via Utusan
Tenanglah awak di atas sana Oyen :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment