"Hukumnya Haram" - Dr Zulkifli Jawab Pertanyaan Perkongsian Video Insiden & Gambar Mayat
Minta tolong padam semua.
Baru-baru ini, Malaysia telah digemparkan dengan nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor
Insiden yang sangat tragis itu telah mengakibatkan 10 orang terkorban termasuk enam penumpang pesawat, dua kru dan dua orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Ramai yang berkongsi video dan gambar-gambar insiden itu di dalam media sosial mereka. Sehingga ada yang menampakkan mayat mangsa terkorban.
Susulan daripada itu, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi hukum penyebaran tersebut.
Lihat ciapan itu di bawah:
Beritahu haram hukumnya sebar aib mangsa
Menerusi ciapan tersebut, beliau menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya yang meminta beliau untuk memberi nasihat mengenai penyebaran video insiden berkenaan.
“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” tulisnya.
Malah, beliau turut berkongsi sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud: “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564).
Ingat semua, jangan kongsi video atau gambar yang boleh aibkan mangsa dan keluarga. Kasihan mereka :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!