Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Semua Atlet Di Olimpik Paris 2024 Dapat Telefon 'Galaxy Z Flip 6' Percuma Daripada Samsung

Wah bestnya!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama telefon terkemuka Korea Selatan, iaitu Samsung telah mengagihkan sebanyak 17,000 unit telefon pintar jenis lipat secara percuma kepada atlet-atlet yang menyertai Sukan Olimpik 2024 di Paris kali ini

Beberapa video telah tular di laman TikTok memaparkan sebahagian atlet dunia teruja mempamerkan telefon pintar edisi Olimpik itu iaitu Samsung Galaxy Z Flip 6.

Samsung merupakan salah satu penaja Sukan Olimpik dan ini adalah kali kedua mereka menghadiahkan telefon pintar kepada atlet selepas Olimpik di Tokyo tahun 2020.

Image via @ratchanokmay (TikTok)

Image via @ratchanokmay (TikTok)

Galaxy Z Flip 6 belum lagi berada di pasaran dan atlet Olimpik Paris 2024 menjadi antara pengguna terawal

Pemain badminton perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Intanon sempat membuat sesi unboxing di TikToknya untuk menunjukkan peranti khas tersebut.

Difahamkan, setiap unit telefon itu mempunyai rekaan badan kuning dan lambang Olimpik serta Paralimpik dicap di bahagian belakangnya.

Manakala, atlet renang New Zealand, Lewis Clareburt pula berkata Sukan Olimpik 2024 membawa satu perubahan unik kerana buat kali pertama dalam sejarah, para atlet dibenarkan membawa telefon tersebut untuk mereka ambil gambar kenangan semasa acara penerimaan pingat nanti.

Image via @ratchanokmay (TikTok)

Image via @lewis_clareburt (TikTok)

Lihat video-video di bawah:

Beruntungnya atlet-atlet kita dapat telefon free, semoga lebih bersemangat untuk menang ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment