Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Seorang Maut Terkena Bilas Kipas Helikopter Ketika Pendaratan Cemas Di Bentong, Pahang

Berdasarkan maklumat awal diterima, kebakaran berlaku sewaktu melakukan pendaratan, dengan helikopter tiba-tiba tidak dapat dikawal dan terbalik lalu terbakar.

Cover image via Bomba Pahang via Bernama TV

Sebuah helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong di Pahang dengan seorang disahkan maut, manakala seorang lagi terselamat

Menurut laporan Berita Harian, Kejadian berlaku berdekatan kawasan kolam air panas ketika helikopter terbabit digunakan untuk kerja mengangkat bagi tujuan pemasangan kabel, dengan kebakaran menyebabkan pesawat musnah sepenuhnya.

Berdasarkan maklumat awal diterima, kebakaran berlaku sewaktu melakukan pendaratan, dengan helikopter tiba-tiba tidak dapat dikawal dan terbalik lalu terbakar.

Image via Bomba Pahang via Bernama TV

Image via Bomba Pahang via Bernama TV

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi media mengesahkan kejadian itu, namun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.39 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran membabitkan sebuah helikopter pengangkut yang musnah terbakar 100 peratus ketika berada di darat

"Seorang mangsa iaitu jurutera warga Indonesia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) disyaki terkena bilah kipas, manakala juruterbang selamat.

"Kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya jam 11.06 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas ini.

Image via Bomba Pahang via Bernama TV

Image via Bomba Pahang via Bernama TV

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment