seismik

Separuh Akhir CSOIAM, Raih 115,000 Undian Orang Ramai - "Tertinggi Sepanjang Musim!"

Cabaran kini semakin sengit! Siapakah yang bakal menjadi juara di Calpis Soda One In A Million?

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Episod separuh akhir Calpis Soda One In A Milllion (CSOIAM) sekali lagi membuktikan mengapa ia menjadi fenomena luar biasa!

Drama, kejutan, dan pertarungan vokal yang menggegarkan pentas Ahad lalu menjadikan separuh akhir ini paling mendebarkan!

Lima peserta terbaik berentap habis-habisan demi merebut tempat ke pentas akhir CSOIAM baru-baru ini.

Lebih mengujakan, jumlah penonton dan undian meningkat setiap minggu! Bukan itu sahaja, CSOIAM terus menjadi satu-satunya rancangan realiti nyanyian yang berjaya trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut!

Pentas separuh akhir dimulakan dengan satu ‘comeback’ yang membuatkan penonton di studio ternganga! Kumpulan legenda Search bersama Amy menggegarkan pentas dengan persembahan yang penuh aura dan nostalgia. 

Penonton tidak henti bersorak, dan seisi studio bagaikan terhenti seketika dek kehebatan mereka. Inilah detik yang membuatkan CSOIAM benar-benar satu dalam sejuta!

Empat finalis terbaik iaitu Jimi, Zazleen, Marygrace dan Kai Deva bersedia untuk memberikan persembahan paling epik dengan single terbaharu mereka.

Image via TV3 Malaysia

Malam separuh akhir semakin mencengkam apabila tiga peserta diumumkan sebagai finalis pertama: Kai Deva, Marygrace, dan Zazleen! Namun, drama belum berakhir. 

Jimi dan Mariam berada dalam Bottom 2, dan mereka perlu bertarung dalam pusingan penentuan. Hanya satu tiket terakhir ke Finale yang tinggal, dan hanya juri yang akan menentukan siapa yang layak! Jimi mempertaruhkan "Rahsia Tuhan" manakala Mariam memilih "Jagalah Diri".

Persembahan mereka begitu mendebarkan sehingga Dato’ Yusry sendiri meluahkan rasa tidak puas hati, “You guys don’t deserve to be in the Bottom 2!” Ziana Zain bersetuju, “Kalau ikutkan, saya mahu dua-dua ke Finale. But we have to make a choice.”

Setelah perbincangan sengit, akhirnya juri memilih Jimi sebagai finalis keempat CSOIAM! Mariam tersingkir, tetapi Calpis Soda One In A Million menghadiahkannya RM10,000 sebagai penghargaan atas perjuangannya sepanjang pertandingan.

CSOIAM bakal melabuhkan tirainya dengan membawakan tema Malam Paling Fizz pada Ahad, 9 Februari 2025

Empat finalis terbaik iaitu Kai Deva, Marygrace, Zazleen, dan Jimi bersedia untuk memberikan persembahan paling epik dengan single terbaharu mereka dan sebagai kejutan istimewa, mereka juga akan menyatukan suara dalam satu lagu kumpulan terbaharu yang berjudul “Sejuta Kenangan’’, menandakan perjalanan luar biasa mereka dalam CSOIAM:

  • Kai Deva, Marygrace, Jimi & Zazleen - Sejuta Kenangan
    Komposer & Penulis Lirik - Mage & Aziz Harun & NAKI & Darien Sebastian

  • Marygrace - Titik Mula
    Komposer & Penulis Lirik - Audi Mok & Shazee Ishak

  • Kai Deva - Mengejar Bintang
    Komposer - Sharon Paul
    Penulis Lirik - Sharon Paul & Shah Shamsiri & Kai Deva

  • Jimi - Tetap Berharap
    Komposer - Sharon Paul
    Penulis Lirik - Fedtri Yahya/ Sharon Paul

  • Zazleen - Merah
    Komposer & Penulis Lirik - Audi Mok & Shazee Ishak

Image via TV3 Malaysia
Image via TV3 Malaysia

Saksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. 

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini kerana istimewa episod terakhir Calpis Soda One In A Million, 50 penonton bertuah bakal berpeluang memenangi hadiah yang lumayan! Nantikan semua ini di episod Finale Calpis Soda One In A Million!

Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. 

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: