Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sepanyol, Ireland & Norway Kini Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Ketiga-tiga negara Eropah itu percaya langkah mereka mempunyai kesan simbolik yang kuat.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepanyol, Ireland dan Norway kini secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, walaupun Israel menyelar tindakan itu sebagai 'ganjaran' untuk Hamas selepas lebih tujuh bulan perang dahsyat di Gaza

Menurut laporan Berita Harian, ketiga-tiga negara Eropah itu percaya langkah mereka mempunyai kesan simbolik yang kuat dan mampu menggalakkan pihak lain untuk mengikuti mereka.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata, pengiktirafan terhadap Palestin sebagai sebuah negara bukan berkait soalan keadilan bersejarah semata-mata.

Untuk pengetahuan anda, Norway dan Sepanyol pernah melakar peranan bersejarah dalam membangunkan usaha damai Israel-Palestin pada 1991, apabila kedua-dua pihak duduk bersama buat kali pertama dalam persidangan damai Madrid yang membuka jalan kepada Perjanjian Oslo 1993.

Image via Berita Harian

"Ia juga keperluan penting jika kita semua ingin mencapai keamanan. Ia adalah satu-satunya cara untuk bergerak ke arah penyelesaian yang kita semua akui sebagai cara yang mungkin mencapai masa depan yang aman iaitu sebuah negara Palestin yang hidup berdampingan dengan Israel dalam keadaan aman dan selamat," katanya.

Walau bagaimanapun, Sanchez berkata keputusan itu mencerminkan penolakan secara terang-terangan Sepanyol terhadap Hamas yang jelas bertentangan dengan penyelesaian dua negara.

Kabinet Sepanyol dan Ireland telah mengadakan pertemuan untuk meluluskan langkah itu pagi tadi

Manakala, Norway memaklumkan kepada Perdana Menteri Palestin, Mohammed Mustafa, bahawa pengiktirafan akan dilakukan hari ini.

Walaupun Slovenia sudah memulakan proses mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, isu berkenaan dikatakan mencetuskan perselisihan faham ketara dalam kalangan 27 negara Kesatuan Eropah (EU), yang mana Sepanyol dan Ireland turut menganggotai blok sama.

Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan negara Eropah Barat dilapor bersedia untuk mengiktiraf Palestin nanti, tetapi tidak sebelum persetujuan mengenai isu mencabar seperti status Baitulmaqdis dan sempadan terakhir.

Dalam EU, Perancis percaya ini bukan masa yang sesuai untuk mengiktiraf Palestin, manakala Jerman hanya membayangkan pengiktirafan susulan rundingan antara kedua-dua belah pihak.

Pertumpahan darah yang semakin getir di Gaza menghidupkan semula seruan agar Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara, setelah semakin banyak negara Eropah menyatakan hasrat berbuat demikian.

Image via MediaKini

Selepas Sepanyol, Ireland dan Norway, bermakna sebanyak 145 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment