Sering Dikatakan Barai & Hilang Seri, Wanita Kongsi Pengalaman Disihir Selepas Jumpa Foto
Susah nak tengok orang lain bahagia.
Perbuatan sihir merupakan satu perkara yang tidak asing lagi di dalam masyarakat kita
Pantang melihat kebahagiaan orang lain, guna jalan syirik demi kepentingan diri dan kepuasan hati.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, seorang wanita yang dilihat berkongsi pengalaman disihir telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sudah make-up setiap hari, masih dikata barai dan tak terurus
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @umiehaffizah2 di TikTok, seorang wanita yang berkongsi pengalaman ketika dia disihir telah mengundang reaksi ramai.
Apa yang lebih mengejutkan, wanita itu turut menemui sehelai fotonya bersama pasangan dan tulisan-tulisan sihir berserta kesan bakar.
Katanya, walaupun dia berusaha untuk kelihatan cantik setiap hari tetapi orang sekelilingnya sering mengatakan wajahnya dilihat pucat dan tidak pandai berhias.
Image via @umiehaffizah2 (TikTok)
Image via @umiehaffizah2 (TikTok)
Image via @umiehaffizah2 (TikTok)
"Kawan baik pon dah takleh harap dah sekarang ni" - Netizen
Tinjauan diruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mendoakan agar wanita itu terus kuat menghadapi dugaan.
Ketika ini ditulis, video berkenaan telah meraih 484.1K tontonan, 14.5K tanda suka dan 189 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok:
Image via @umiehaffizah2 (TikTok)
Image via @umiehaffizah2 (TikTok)
Image via @umiehaffizah2 (TikTok)
Semoga kita semua dijauhkan daripada benda-benda syirik macam ni.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment