"Achraf Hakimi" - Muka Mirip Bintang Bola Sepak Morocco, Pekerja McD Ini Buat Ramai Teruja
Sampai malu-malu dia buat kerja.
Kemenangan pasukan kebangsaan Maghribi pada suku akhir Piala Dunia di Qatar mengejutkan peminat bola sepak seluruh dunia
Sejak itu, nama-nama pemain bintang bola sepak Maghribi seperti Achraf Hakimi, Hakim Ziyech, Yassine Bounou dan Amrabat mula jadi bualan hangat di media sosial.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang pekerja McDonald's yang dilihat mukanya agak mirip dengan pemain bola sepak Maghribi iaitu Achraf Hakimi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pelanggan bersorak laungan 'Aller Hakimi' sambil tertumpu ke arahnya
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @lamlambb0 di TikTok, muka pekerja McDonald's yang dilihat mirip bintang bola sepak Maghribi itu telah menjadi tumpuan ramai.
Dia yang dilihat malu ketika ramai pelanggan di kedai itu bersorak panggilan 'Aller Hakimi' sambil merakam dan tertumpu ke arahnya.
Malah, kejadian rakaman itu dilaporkan berlaku selepas kemenangan pasukan kebangsaan Maghribi menewaskan pasukan Portugal pada kelayakan suku akhir Piala Dunia baru-baru ini.
"Fulltime footballer, part-time cashier mekdi" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 5.7M tontonan, 412.1K tanda suka dan 23.3K perkongsian di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi pekerja McDonald's itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!