Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Setaraf Jenama Antarabangsa, Ini 7 Produk Mekap Lokal Anda Perlu Tahu & Cuba

Semua jenama ini dari Malaysia.

Cover image via dUCk Nurraysa Carousell

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Alat solek merupakan satu produk yang digemari ramai terutama sekali bagi kaum perempuan

Dengan adanya alat solek, ia akan membuatkan wajah kita tampil lebih cantik dan berseri. Malah, ia juga boleh menaikkan konfiden seseorang bila memakainya betul tak?

Terdapat pelbagai jenama dan produk alat solek anda boleh dapatkan di pasaran. Ia terpulang kepada pilihan masing-masing. Jika produk dari luar negara, harganya juga mungkin lebih mahal.

Namun, tahukah anda sebenarnya banyak saja jenama lokal alat solek anda boleh dapatkan dengan kualiti yang bagus?

Jom kami senaraikan antara 7 lokal produk alat solek anda boleh cuba. 

1. dUCk Cosmetics

Image via dUCk

Image via dUCK

Diasaskan oleh usahawan Vivy Yusof, dUCk dilancarkan pada Mei 2014, yang bermula dengan produk tudung. Ia kemudian berkembang dan telah mengeluarkan banyak produk kosmetik di pasaran. Selain daripada tudung dan kosmetik, mereka juga ada mengeluarkan produk seperti beg, aksesori, pakaian dan barangan kediaman rumah.

2. SILKYGIRL

Image via SILKYGIRL

Silky Girl adalah salah satu jenama kosmetik utama dari Malaysia. Ia mempunyai rangkaian penuh produk penjagaan kulit dan kecantikan yang sangat terkenal di seluruh negara. SILKYGIRL menawarkan rangkaian lengkap kosmetik warna berkualiti tinggi, wangian dan produk penjagaan diri yang akan memenuhi keperluan pengguna yang arif dalam kedua-dua pasaran bandar dan luar bandar.

3. Obsess Cosmetics

Image via Obsess Cosmetics

Obsess Cosmetics, mula ditubuhkan sejak tahun 2016. Disebabkan permintaan yang tinggi, mereka telah memperluaskannya pada tahun 2018 dengan memasukkan produk solek seperti maskara, pemerah pipi dan eyeshadow. Malah, mereka juga ada mengeluarkan produk penjagaan muka sendiri.

4. Wawa Cosmetics

Image via Wawa Comestics

Wawa Cosmetics adalah produk kosmetik yang dimiliki oleh artis tanah air iaitu Wawa Zainal. Produknya telah berjaya menghasilkan berkepelbagaian set alat solek. Ia juga berkualiti tinggi dan mendapat sambutan luar biasa. Ia tidak mengandungi bahan kimia malah dijamin halal.

5. SYEDEWA

Image via Syedewa Cosmetics HQ (Facebook)

Nama Syedewa tidak asing lagi dalam dunia jurusolek. Majoriti yang pernah melihat hasil tangan jurumekap artis ini pasti kagum dengan bakat luar biasa yang ada padanya. Jenama Syed Dewa Cosmetics menawarkan pelbagai set alat solek anda boleh cuba.

6. SIMPLYSITI

Image via SIMPLYSITI (Facebook)

Pada tahun 2006, Dato’ Siti memulakan perniagaan keluarga dengan minat yang pelbagai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam industri muzik dan hiburan. Beliau telah melancarkan rangkaian produk kecantikannya sendiri iaitu SimplySiti pada tahun 2010 yang telah membuat sensasi di seluruh negara di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sehingga kini SimplySiti sudah mempunyai produk seperti kosmetik, penjagaan wajah dan minyak wangi.

7. Nurraysa

Image via Nurraysa

Nurraysa Global Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 23 Oktober 2015 dan menjadi peneraju Kosmetik Mesra Wudhu’ di Malaysia. Produk Nurraysa didefinisi sebagai produk kosmetik mesra wuduk adalah solekan yang menggunakan kosmetik mudah dicuci agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.

Bukan calang-calang semua jenama produk di atas. Kesemuanya ada peminat masing-masing :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment