seismik

Nak Beli Baju? Ini 6 Jenama Pakaian 'Local Brand' Trendy & Bergaya Yang Perlu Anda Terokai

Add to cart and check out now!

Cover image via @psychedelicstore (Instagram) & @gerson_batik (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wanita dan baju memang berpisah tiada, kalau boleh memang nak ada setiap koleksi baju yang ada di pasaran bukan?

Of course, setiap wanita memang mengidamkan fesyen dan stail yang bukan saja trendy malah cantik untuk dipakai bila keluar rumah. Barulah confident! 

Baju diibaratkan perhiasan yang paling cantik untuk para wanita betul tak? Tak kiralah nak bercuti atau ada event mana-mana pun, kena pakai baju yang paling bergaya dan cantik! 

Ada kalanya, wanita memang dah banyak baju dalam closet masing-masing tapi selalu sangat terdengar ayat "alaa, tak ada baju la nak pakai" daripada mulut mereka kan?

Haa, apa kata kita explore baju jenama lokal yang ada di Malaysia. Semua jenama ini bukan calang-calang tau, mereka semua ada keunikan masing-masing! 

Image via GIPHY

1. Psychedelic Store

Butik ini menerapkan konsep resort and holiday wear. Haa, kepada siapa-siapa yang ada plan nak honeymoon, bercuti dengan kawan-kawan, this is the right place for you girls!

Tawarkan koleksi baru yang bernama ANTARA. Koleksi kali ini memang sesuai untuk anda pakai ke pulau, pantai dan banyak lagi tempat menarik. Pulau dan pantai je? Eh tak juga, baju mereka sangat sesuai juga kalau anda nak gayakan untuk pergi ke majlis perkahwinan tau. Memang versatile!

Terdapat 4 siri baju yang mempunyai nama yang unik iaitu Bayu Satin Dress, Alun Kaftan, Samudra Set dan Mentari Set. Tunggu apa lagi? Let's check it out now!

Jom scroll koleksi lain di sini.

2. WHIMSIGIRL

WHIMSIGIRL tidak kalah dengan menawarkan konsep baju yang sentiasa fun dan chic. Terapkan pelbagai warna yang ceria untuk boostkan mood anda. 

Tak kisah anda nak stailkan dengan personaliti diri yang lebih ceria atau elegan? Semuanya boleh dengan WHIMSIGIRL! Koleksi terbaru mereka adalah koleksi raya yang menawarkan pelbagai gaya baju yang sangat trendy. 

Yang paling penting, baju ini bukan boleh pakai masa raya saja. Boleh pakai untuk pergi ke office ataupun gayakan dengan seluar jeans. Settle dah jadi casual wear! Memang 2 in 1. So in love!

Jom scroll koleksi lain di sini. 

3. Better Than Blouses

Bosan dengan kemeja dan tshirt? Jom cuba gaya ini pula! Butik ini tawarkan baju konsep budaya yang menerapkan seni batik. 

Siapa yang minat batik bolehlah cuba gaya dan fesyen yang sangat klasik dan elegan ini. Untuk yang berhijab anda juga boleh menggayakan batik seperti gambar ketiga. Memang cantik apabila dikenakan dengan skirt panjang atau seluar. 

Jom scroll koleksi lain di sini

4. Oh Sebenar

All size matter, yes! Oh Sebenar meraikan semua wanita tidak kira saiz dan bentuk badan. Mereka mempunyai baju bersaiz UK6 hingga UK28. Memang best!

Anda tak perlu lagi risau tentang tak ada saiz. Oh Sebenar got you covered! Terdapat pelbagai variasi baju termasuk outerwear, tshirt, beg dan baju kurung sesuai untuk pergi majlis atau casual wear. Kain memang selesa. 

Jom scroll koleksi lain di sini


5. SAA Studios

Tengah cari travel and holiday look? Kenduri look? Open house look? SAA Studios sedia membantu! Baju di butik ini memang semuanya simple dan elegan. 

Kain pun memang berkualiti dan selesa. Yang penting, boleh mix and match ikut gaya dan stail anda tersendiri. Tunggu apa lagi? Jom tambahkan koleksi dalam wadrobe anda. 

Jom scroll koleksi lain di sini

6. Gérson Batik

Jika anda nak kelihatan lain daripada yang lain, anda boleh cuba pakaian batik daripada Gérson. Mereka menawarkan batik custom-made sesuai dengan majlis apa yang anda akan pergi. 

Cantik kan? Kalau anda pakai pergi kenduri kahwin ni confirm ramai yang akan memerhati dan memuji! Bukan itu saja, anda juga boleh pakai sedondon dengan partner. 

Jom scroll koleksi lain di sini

Girls, macam mana? Dah dapat baju yang menambat hati belum? Confirm rambang mata kan! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022