Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Teguran Seorang Lelaki Tentang Makanan Yang Dimasak Oleh Non-Muslim Di Penang

Ada betulnya juga. Food hunting memang seronok, tapi hati-hati dengan pemilihan makanan juga.

Cover image via Azdy Mohd Arshad / Facebook

Bila bercakap tentang food hunting, pastinya tempat-tempat yang popular adalah Pulau Pinang, Ipoh, Kelantan, dan juga Melaka. Makanan yang disediakan pun memang sedap-sedap belaka!

Gambar sekadar hiasan

Image via Have Halal Will Travel

Gambar sekadar hiasan

Image via Miss Tam Chiak

Gambar sekadar hiasan

Image via Penang Foodie

Namun, pernahkan anda terfikir sama ada semua makanan popular yang sering dimakan ini berstatus halal atau tidak?

Adakah semua masakan itu terjamin halal dan suci?

Seperti perkongsian berbentuk teguran yang ditulis oleh seorang pengguna Facebook iaitu Azdy Mohd Arshad mengenai isu ini telah meraih lebih 10k shares ketika artikel ini ditulis.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Teguran ini juga telah disuarakan bagi memastikan bahawa makanan yang dihidangkan adalah bersih, suci dan dimasak oleh tukang masak yang sepatutnya

Kepada sahabat2 yg datang bercuti ke Penang, maaflah kalau saya nak tegur sikit dan bagi cadangan. Saya perhatikan sebelum ini ada di kalangan sahabat2 yg datang Penang kemudian kongsikan dlm FB apa yg dimakan. 

Agak menyedihkan bila ada yg muat naik dlm FB dgn makan cendol dan laksa TeoChew di Jalan Penang, curry mee dan mcm2 masakan yg dimasak oleh bukan Islam di Kedai Kopi Bee Hwa, makan bihun goreng di kedai Auntie Taman Tun Sardon, minum kopi ais, ais kepai, rojak buah di sekitar kawasan Heritage, makan nasi lemak di Projek Nasi Lemak dan beberapa lagi.

Sedih bila tengok ibu mengandung, anak-anak kecil, malah warga emas yang turut menjamu semua masakan ini tanpa ada rasa bersalah walau sedikit

Kesian kat anak2 yang tak tahu apa2 bila ibubapa meyuapkan makanan kepada anak2 ini dengan makanan yg status "halal" dan "suci" yang meragukan bila mana makanan tersebut disediakan oleh bukan Islam...

Nak cendol sedap boleh ja makan di ais tingkap chowrasta, Cendol Maklom di Pekan Darat Butterworth atau cendol durian di Sg Ara...

Nak makan charketiau boleh ja makan di Sany Char Koay Teow di Bayan Baru, Char Koay Teaw Telur Ayam dibasuh di Sg Dua, Key's Char Koay Teow di Bandar Perda BM, Sinar Bintang di Astaka Lorong Kulit (pagi) dan banyak lagi...

Kalau teringin makan laksa, boleh ja makan Laksa Mamu Sg. Pinang (sebelah mee mamak Afasia), Laksa Janggus di Balik Pulau, laksa di Medan Selera Pdg. Kota, laksa tempurung di Gertak Sanggul dan banyak lagi. Nak makan nasi lemak, boleh pi makan nasi Lemak Liverpool di Batu Lanchang.

Kalau suka makan curry mee, curry mee Kak Arah di Jalan Sungai Pinang (bertentang bangunan JKP) pun ok jugak.. Nak koay teow sup atau koay teow th'ng boleh makan kat Sg. Ara (coner tepi SMK Sg. Ara), depan TNB Lorong Kulit atau Sri Buana di astaka Taman Tun Sardon..

Image via Azdy Mohd Arshad / Facebook

Image via Azdy Mohd Arshad / Facebook

Image via Azdy Mohd Arshad / Facebook

Image via Azdy Mohd Arshad / Facebook

"Bukan rasis, sekadar menasihati saudara sesama Islam untuk mencari makanan yang dijamin halal dan suci tanpa was-was."

Tak payah la kot dok makan makanan atau masakan bukan Islam... Saya bukannya rasis tapi sekadar menasihati saudara seIslam untuk mencari makanan yang dijamin "halal" dan "suci" serta tanpa "was-was"... Kesian saya kat sahabat2 yang datang dari jauh tiba2 makan makanan yang "shubahah".

Kalau nak beli barang dgn penjual bukan Islam, silakan. Tak menjadi masalah kerana barang tersebut tak beh jadi darah daging kita... Tapi dalam bab makanan berhati-hatilah...

Kalau sapa nak terima teguran dan pandangan saya, terima kasih saya ucapkan. Kepada yang kurang senang dengan tulisan saya ni, saya minta maaf. 

Jangan marah ye. Sekurang-kurangnya saya dah menasihati saudara seIslam dengan saya dalam hal ini...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment