Siap Order Air Milo Dinasour & Roti Tisu, Perkongsian Jackson Wang Ini Buat Ramai Teruja
Kemain eh lepak mamak.
Bila ada saja artis dari luar negara datang ke Malaysia, perkara pertama yang kita ingin mereka lakukan adalah dengan mencuba makanan lokal betul tak?
Jadi satu kebanggaan apabila melihat mereka seronok menikmati makanan di Malaysia. Tambahan pula, bila mereka sudah ada makanan favourite di sini, pasti lagi teruja.
Baru-baru ini, seorang artis dari Korea Selatan iaitu Jackson Wang telah hadir ke Malaysia untuk konsert World Tour di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila artis itu kelihatan telah mencuba makanan di kedai Mamak ternyata telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat live di Instagram, tunjuk sedang lepak di kedai mamak
Menerusi video berkenaan, salah seorang peminatnya memuat naik semula video ketika dia sedang membuat live di akaun Instagramnya.
Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah, artis itu kelihatan teruja mencuba makanan di mamak. Malah, dia juga memesan minuman kegemarannya iaitu milo dinasour.
Gelagatnya itu membuatkan ramai peminat teruja. Iyalah, selalunya artis luar negara datang di Malaysia hanya makan di restoran, tetapi Jackson dengan selamba makan di kedai mamak sahaja.
Image via @jacsonwang852g7 (Instagram)
Image via @darlaling (TikTok)
"Buat live sekejap semata-mata nak bagi tahu dia ada dekat kedai mamak" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 447.6K views, 82.7K likes dan 799 comments di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @darlaling (TikTok)
Image via @darlaling (TikTok)
Image via @darlaling (TikTok)
Image via @darlaling (TikTok)
Seronok betul dia dapat minum milo dinasour :P
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment