Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
SEISMIK

Siapa Patut Bayar Kos Majlis Perkahwinan? Pengantin Lelaki Ke Perempuan? Ini Jawapan Mufti

Dalam masyarakat Melayu akan terdapat tiga majlis perkahwinan iaitu; majlis nikah beserta majlis resepsi iaitu bersanding dan bertandang. Siapa yang tanggung?
Cover image via Hanasuva

Setiap pasangan pasti impikan majlis perkahwinan yang indah untuk menjadi kenangan seumur hidup

Image via Bercinta Selepas Nikah

Lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat Melayu, majlis perkahwinan sememangnya merupakan antara salah satu majlis yang penting. Bukan itu sahaja, dalam kalangan masyarakat Melayu akan terdapat tiga majlis perkahwinan iaitu; majlis nikah beserta majlis resepsi iaitu bersanding dan bertandang.

Walhal dalam agama Islam, sebenarnya cukup sekadar diadakan satu jamuan walimatul urus selepas upacara pernikahan pasangan pengantin.

Image via Blog Rumah Aoi

Meskipun begitu, sudah pasti setiap pasangan yang ingin berkahwin itu mahukan majlis mereka indah dan meriah. Jarang ada bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan mereka setakat ‘cukup syarat’ dan ala kadar. Manakan tidak, majlis ini sekali seumur hidup!

Akan tetapi setiap majlis perkahwinan itu adalah bergantung kepada kemampuan setiap pasangan pengantin. Jika inginkan yang mewah dan gilang-gemilang, maka kos yang perlu dikeluarkan pasti banyak, begitu juga sebaliknya.

Image via Blog Emilinda

Persoalannya sekarang, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dan perlu tampung kos perbelanjaan majlis perkahwinan? Adakah ianya ditampung oleh pengantin lelaki ataupun pengantin perempuan? Dan perlukah diadakan jamuan makan-makan sebenarnya?

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengemukakan pandangannya berkenaan perkara ini dalam laman rasmi Pejabat Mufti WP

Image via AGC Portal

Melalui perkongsiannya, kita akan lebih memahami siapa yang bertanggungjawab dan perlu keluarkan belanja untuk majlis kenduri atau walimatul urus di sebelah keluarga perempuan.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan الولْم yang membawa erti berhimpun atau berkumpul. Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).

Image via Google

Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan, atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (2/92).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin.

Image via SAYS

Secara zahir dari hadis di atas, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas perkahwinan dilangsungkan. Meskipun begitu, para ulama mempunyai dua pendapat yang berbeza kepada implikasi tuntutan tersebut.

Image via Blog Shahrul Hairy

Pendapat pertama menyatakan bahawa hukum walimah adalah wajib. Mereka yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan hujahnya berdasarkan zahir arahan “Lakukanlah walimah’’. Kaedah menyebut: ‘’Kata perintah membawa hukum wajib’’.

Tambahan pula, hukum menghadiri jemputan walimah adalah wajib sekiranya tiada keuzuran. Justeru, menjalankan majlis walimah itu sudah tentu turut diwajibkan.

Image via Vocket

Manakala pendapat yang kedua merupakan pandangan para fuqaha’ iaitu hukum mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Mereka juga berpendapat bahawa majlis perkahwinan ini adalah sama sahaja dengan majlis-majlis jamuan yang lain dari sudut hukum asal mengadakan majlis jamuan makan adalah sunat sahaja.

Demikian juga pada pandangan mereka, tidak tepat untuk dikatakan bahawa hukum mengadakan walimah adalah wajib disebabkan hukum menghadiri walimah adalah wajib. Ini kerana, dalam isu memberi salam ia juga dituntut dalam agama. Namun, memberi salam hukumnya sunat dan ini berbeza dengan hukum menjawab salam iaitu wajib.

Siapa yang bertanggungjawab dalam mengadakan majlis perkahwinan?

Berkenaan isu siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan majlis perkahwinan, terdapat dua pandangan utama dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Sebahagian berpendapat bahawa majlis perkahwinan merupakan tanggungjawab suami iaitu pengantin lelaki. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa urusan majlis perkahwinan adalah merupakan tanggungjawab keluarga pengantin perempuan.

Image via Kad Lestari

Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syathiri menimbulkan persoalan sama ada walimah disunatkan kepada suami atau isteri. Lalu beliau menyatakan: ‘’Para ulama berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Beliau turut menukilkan pendapat dari Syeikh Daud al-Zahiri yang menyatakan bahawa walimah itu wajib ke atas suami. Berdasarkan perintah Nabi S.A.W kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.

Image via Blog Izwan Rashid

Pandangan yang menyatakan tanggungjawab mendirikan majlis walimah terletak pada bahu pengantin lelaki berhujahkan kepada hadis arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas. Ini kerana, baginda S.A.W menyatakan kepada beliau أولم (lakukanlah walimah). Namun dalam masa yang sama, baginda tidak menyatakan kepada pihak mertua Abd al-Rahman bin ‘Auf أولموا (lakukanlah kamu semua majlis perkahwinan). Justeru, majlis walimah itu disyariatkan kepada hak pengantin lelaki.

Tambahan pula, pernikahan adalah suatu kenikmatan bagi pengantin lelaki dan antara cara menzahirkan syukur adalah dengan melakukan amal soleh. 

Image via SAYS

Justeru, antara amalan yang dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran dari perkahwinan adalah dengan melangsungkan majlis walimah itu sendiri.

Akan tetapi, sekiranya majlis walimah dilakukan oleh keluarga pengantin perempuan, maka kata al-Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri: ‘’Sekiranya majlis walimah dilakukan oleh selain suami, seperti bapa kepada isteri (pengantin perempuan), atau walimah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri, maka telah ditunaikan sunnah bagi pihak dirinya (pengantin lelaki).

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa hukum asal bagi mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Ia disunatkan kepada pengantin lelaki iaitu suami untuk melakukannya.

Image via Sirap Limau

Meskipun begitu, sekiranya pihak pengantin perempuan atau pengantin perempuan sendiri menjalankan majlis walimah, maka telah terlaksanalah hukum sunat bagi pihak pengantin lelaki.

Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita untuk melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki. Maka kami menyatakan bahawa secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran.

Oh, baru tahu majlis walimatul urus sebenarnya disunatkan untuk pengantin lelaki.

Tapi pengantin perempuan digalakkan untuk bersama-sama tolong pengantin lelaki. Maklumlah, nak kahwin ini, susah senang kenalah sama-sama!

Image via Ditch The Label

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang risau usia makin meningkat tapi tak kahwin-kahwin tu, chill je, okay!

Tips bajet kahwin yang anda boleh follow:

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment

Ashiqin Rosselly View all stories
Ashiqin loves singing but has the worst singing voice and singing face. She enjoys outdoor activities and is often seen in a baju kurung.

More stories to read