seismik

"Kalau Buat Master Kena Ada Tunang, PhD Kena Ada Suami. Kalau Tak, Jadi Andartu." Apakah?

Tapi jodoh itu kan ketentuan Allah SWT?

Cover image via Google

Baru-baru ini, satu tweet yang dikeluarkan oleh @AnnaSoeraya telah tular di laman sosial Twitter dan menjadi perbualan ramai netizen

Tweet yang membicarakan tentang wajarnya perempuan memiliki pasangan dan suami terlebih dahulu sebelum menyambung pelajaran gara-gara dikhuatiri menjadi 'anak dara tua' (andartu) itu mendapat perkongsian lebih 2 ribu di samping rata-rata pengguna Twitter menyampaikan pendapat masing-masing.

Sudah menjadi lumrah, setiap isu yang dibicarakan ada yang menyokong dan ada juga yang membidas. Antara pendapat yang dikeluarkan pengguna Twitter:

Image via Twitter

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Image via Twitter

Kalau nak ikutkan, sebagai makhluk Allah SWT, setiap manusia yang sudah dewasa pasti ada keinginan untuk berkahwin kerana ianya adalah fitrah manusia

Perkahwinan itu merupakan satu sunnah. Walau bagaimanapun, cepat atau lambat bukanlah menjadi tugas kita untuk menentukan kerana Allah Maha Mengetahui.

Tidak bercakap soal nikah, soal perkahwinan, tidak bermakna seseorang itu tidak punya keinginan akan tetapi mungkin kerana keyakinannya pada Allah itu tersangat tinggi.

Image via Hanasuva

Apa yang penting, sebelum menempuh alam perkahwinan kita sebaiknya persiapkan diri kita semampu yang boleh. Cuba perbaiki mana yang perlu di samping pertingkatkan mana yang kurang. Sebagai contoh, tingkatkan ilmu kita terlebih dahulu dalam apa cara sekalipun. Di samping itu, cuba hargai orang-orang sekeliling kita, baik keluarga mahupun sahabat handai.

Pada masa yang sama, dekatkan diri pada Allah SWT sebelum kita bersandar kepada cinta manusia. Bila kita letak Allah SWT yang pertama, Dia akan berikan jodoh yang terbaik untuk kita, iaitu jodoh yang sentiasa meletakkan Dia di carta paling tinggi. Ingat, Allah itu sebaik-baik perancang.

Mahukan yang terbaik, berusahalah menjadi yang terbaik

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: