"Simple & Cantik" - Pengantin Perempuan Ini Dedah Kos Kahwin Hanya Gunakan RM2,000
Seri pengantin tetap naik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sebut tentang majlis perkahwinan, setiap pasangan pengantin sudah tentu menginginkan hari bahagia mereka sempurna
Ada yang sanggup berhabis sehingga berpuluh ribu, tetapi ada juga pasangan yang tidak kisah untuk memilih cara sederhana termasuklah dari segi busana raja sehari.
Sama seperti sepasang pengantin baru ini, apabila mereka hanya memakai busana serba hitam saja di hari istimewa mereka.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teringin nak main aktiviti lasak, tak kisah pakai baju simple dan kos kahwin bawah RM2,000
Menerusi perkongsian video daripada @najlaanati1, kelihatan dia dan suaminya sempat membuat rakaman pendek di hari perkahwinan mereka di sebuah taman permainan.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila wanita itu yang memakai baju songket serba hitam dilihat selamba bermain aktiviti lasak di taman itu sambil memakai heels.
Menurut sumber, perkahwinan mereka hanya melibatkan kos sebanyak RM2,000 saja. Namun, wanita itu tetap bersyukur kerana dia juga masih menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak.
Image via @najlaanati1 (TikTok)
Image via @najlaanati1 (TikTok)
"FYP terus, ganas pengantin ni" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 330.8K tontonan, 11.8K tanda suka dan 35 perkongsian di laman TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @najlaanati1 (TikTok)
Image via @najlaanati1 (TikTok)
Image via @najlaanati1 (TikTok)
Image via @najlaanati1 (TikTok)
Image via @najlaanati1 (TikTok)
Image via @najlaanati1 (TikTok)
Biar kos kahwin rendah, janji suami isteri sama-sama bahagia dan boleh bertolak ansur :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment