seismik

"Janji Tutup Aurat" - Gadis Kalut Keluar Tak Jumpa Stoking, Selamba Ganti Dengan Handsocks

Sekali pandang nampak macam stoking betul.

Cover image via @lieeza.lee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang wanita Muslim, adalah wajib untuk kita menutup aurat dengan sempurna

Ia bertujuan untuk menjaga batas pandangan bagi kaum lelaki yang bukan mahram. Selain itu, seseorang akan nampak lebih manis jika auratnya ditutup dengan penuh.

Namun, lain pula yang terjadi kepada gadis ini apabila dia terpaksa menjadikan handsocks sebagai stoking telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@lieeza.lee Bila stoking tak jumpa masa kalut nak keluaq #fyp bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT

Tak jumpa stoking, selamba gantikan dengan handsocks

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lieeza.lee, kelihatan gadis itu tergesa-gesa ingin keluar rumah untuk menyelesaikan urusan sehariannya.

Tetapi, gara-gara dia agak kelam kabut dan tidak menjumpai stokingnya, akhirnya gadis itu pasrah menjadikan handsocks sebagai stoking sebagai penutup auratnya.

"Tak apa sis, at least ada effort tutup aurat. Respect!" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen dalam kalangan wanita turut berkongsi pengalaman sama mereka menjadikan handsocks sebagai stoking, anak tudung dan sebagainya.

Setakat ini, video berkenaan telah meraih 698.3K views, 83.2K likes dan 2K shares di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaiklah sis, pandai menjaga aurat dengan sempurna. Salute <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: