seismik

Saja Buat Video Nak Kahwin, Sekali Gadis Ini Kena Ceramah Dengan Ibu Siap Nak Report Ayah

Tak pasal-pasal kena bebel.

Cover image via @puan.azwa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, TikTok merupakan media sosial utama yang paling kerap digunakan oleh pelbagai lapisan umur pada masa kini

Namun, bagi mereka yang tidak begitu familiar dengan aplikasi tersebut, mungkin akan tersalah anggap tentang sesebuah video yang dibuat mungkin hanyalah konten semata-mata.

Begitulah yang terjadi dalam sebuah rakaman tular ini apabila seorang gadis tak pasal-pasal diceramah oleh ibunya gara-gara membuat parodi video kononnya dia nak berkahwin.

Lihat video penuh itu di bawah:

@instady4

Lahh Ghisau kadang dengan diri sendiri

original sound - dianarilla

Saja ikut trend di TikTok, sekali ibu pula ingat anak betul-betul menggeletis nak kahwin

Menerusi perkongsian video daripada @puan.azwa, kelihatan dia sedang berada di dalam kereta bersama anak perempuannya itu.

Situasi menjadi lucu apabila si ibu mula membebel kepada anak gadisnya kerana ternampak video anaknya itu yang membuat parodi nak kahwin. Walaupun rakaman tersebut hanyalah lip sync, namun ia nampak seperti suaranya sendiri.

Malah, ibunya siap mengugut nak buat report kepada ayahnya. Gadis itu tergelak dan berkata kepada si ibu bahawa video itu hanyalah konten saja.

"Steady kak, kasi bebel lagi sama itu anak kak. Hahaha kan dah kena" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 173.3K tontonan, 13.8K tanda suka serta 145 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat anak beranak itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Itulah padahnya bila mak pun kaki TikTok. Habis kantoi semua :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: