Siri Terbaru, Gerak Khas 'Undercover' Kini Ditayangkan Di TV3. Wajib Tonton!
'Antara hidup dan mati'
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita tahu, Gerak Khas merupakan sekuel drama bersiri kegemaran rakyat Malaysia
Berita baik buat anda, drama Gerak Khas Undercover kini ditayangkan di TV3 pada setiap hari Jumaat jam 10.30 malam bermula 1 Oktober 2021 dan akan turut disiarkan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.
Menariknya kali ini, drama tersebut menampilkan barisan artis terkenal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Dato’ AC Mizal. Apa yang lebih menarik perhatian, drama ini juga menampilkan barisan pelakon popular lain termasuklah Datuk Aaron Aziz, Datuk Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan Khalida Balqis.
Image via TV3Malaysia
Datuk Rosyam Nor Bawa watak sebagai ketua gangster yang terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan penjualan senjata api
Gerak Khas Undercover mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan dan lain-lain.
Ia merupakan idea asal daripada Syafiq Yusuf dan dia juga berperanan sebagai pengarah bersama dengan C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin, M.S Hakim. Manakala, Datuk Yusof Haslam berperanan sebagai penasihat produksi bagi drama bersiri ini.
Datuk Rosyam Nor memegang watak sebagai Tony Bono merupakan ketua gengster yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga perniagaan kelab malam. Namun, Tony Bono menjadi buruan utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) bagi menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya.
Satu demi satu rancangan digagalkan oleh pihak polis
Image via TV3Malaysia
Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis dan dia bertindak mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera. Apa yang menjadi tekanan buat DSP Jeslina dan ASP Salina pula, apabila mereka ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar suspek.
Tidak berakhir di situ, DSP Jeslina juga berhadapan dengan krisis dalaman undercover yang dikhuatiri telah berpaling tadah kerana mereka tidak bersependapat dalam rancangan memberkas Tony. Susulan daripada itu, DSP Jeslina telah menambahkan beberapa anggota undercover termasuk ASP Zaki (Dato’ Aaron Aziz), Inspektor Elly (Elizabeth Tan) dan Inspektor Rita (Ruzana Ibrahim) bagi mempercepatkan penangkapan Tony Bono.
Selain itu, wartawan 999 iaitu Alia (Khalida Balqis) juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan tentang kes Tony Bono. Jadi, apakah kesudahan Tony Bono dan berjayakah misi undercover ini? Apakah misi baharu yang bakal menanti anggota undercover ini? Semuanya akan terjawab di Gerak Khas Undercover.
Jadi jangan lupa untuk tonton Gerak Khas Undercover di TV3, setiap hari Jumaat, 10.30 malam bermula 1 Oktober 2021 dan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama. Bukan itu sahaja, korang juga boleh tonton terus menerusi pautan
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment