seismik

Selain Squid Game, Ini Lagi 5 Drama & Filem Untuk Anda Yang Minat Genre Survival. Menarik!

Atau anda dah tengok semua?

Cover image via Google

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, seluruh negara hangat dengan drama siri terbaru Korea iaitu Squid Game

Boleh dikatakan hampir kesemua yang menonton drama 9 episod itu terkesan dengan jalan ceritanya yang menarik dan mempunyai banyak plot twist.

Image via Fiction Horizon

Memandangkan ramai yang meminati drama berkonsepkan survival dan menguji minda semasa menonton babak di setiap permainan tersebut, kami akan kongsikan pula beberapa filem serta drama lain lebih kurang seperti Squid Game.

Mungkin ada di antara anda di sini pernah melihat drama dan filem yang akan kami kongsikan di bawah, tetapi mungkin ada juga yang tidak pernah menonton bukan?

Jadi, jom kita tengok antara 5 pilihan drama dan filem menarik di bawah:

1. Alice In Borderland

Image via Rotten Tomatoes

Drama Jepun lapan episod ini mengisahkan tentang Arisu yang merupakan seorang gamer tiba-tiba mendapati dirinya berada di bandar Tokyo yang pelik dan kosong di mana dia dan rakan-rakannya mesti bersaing dalam pelbagai permainan berbahaya untuk meneruskan hidup. Siapakah penganjur permainan ini sebenarnya? Anda kena tengok sendiri!

Tonton trailer di sini dan drama penuh di Netflix.

2. As The Gods Will

Image via Image Abyss

Filem berdurasi 1 jam 58 minit ini mengisahkan tentang Shun Takahata iaitu pelajar sekolah menengah biasa yang menjalani kehidupan yang membosankan. Satu hari, dia dan rakan sekelasnya terpaksa bermain permainan yang membawa maut. Tanpa mengetahui siapa dalang di sebalik permainan itu, satu-satunya pilihan mereka adalah menang untuk terus hidup.

Tonton trailer di sini dan filem penuh di YouTube.

3. Sweet Home

Image via Rotten Tomatoes

Drama Korea 10 episod ini mengisahkan tentang manusia di sebuah kawasan perumahan berubah menjadi raksasa ganas. Seorang remaja lelaki dan jirannya berjuang untuk bertahan hidup demi mempertahankan diri mereka daripada berubah menjadi raksasa tersebut.

Tonton trailer di sini dan drama penuh di Netflix.

4. Joker Game: Escape

Image via Flix Watch

Filem Jepun berdurasi 1 jam 20 minit ini mengisahkan tentang 7 orang gadis yang kalah dalam permainan dikumpulkan di sebuah institusi. Mereka disuruh mengambil bahagian dalam "Escape Game of Death". Mereka yang terkurung di dalam bilik itu mesti mencari petunjuk tersembunyi dan bekerjasama antara satu sama lain untuk melarikan diri.

Tonton trailer di sini dan filem penuh di My Drama List.

5. Friends Game

Image via Asian Wiki

Filem Jepun ini mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang diajar sejak kecil untuk mementingkan kawan lebih daripada duit tiba-tiba terperangkap dalam sebuah permainan bernama 'Friends Game' di mana mereka ditawarkan sejumlah wang yang lumayan.

Tonton trailer di sini dan filem penuh di My Drama List.

Jom tengok semua filem dan drama ini, agak-agak boleh lawan Squid Game tak?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: