seismik

Gara-Gara Squid Game, Lelaki Ini Sampai Berlakon Jadi ‘Patung’ Lampu Merah Lampu Hijau

Kuat betul pengaruh cerita ni!

Cover image via @diva.h.a (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, seluruh media sosial digegarkan dengan siri drama Korea terbaru di Netflix iaitu Squid Game

Jalan ceritanya yang menarik dan mendebarkan sangat-sangat meninggalkan kesan kepada penonton. Malah, ramai yang terpengaruh dengan babak-babak dalam sesetengah episod Squid Game itu.

Tidak terkecuali dengan seorang lelaki ini apabila tular videonya berlakon menjadi patung permainan Lampu Merah Lampu Hijau mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berpakaian seperti patung Lampu Merah Lampu Hijau, ramai pula yang seram

Menerusi video yang dimuat naik oleh @diva.h.a, kelihatan dia berlakon menjadi watak patung perempuan di dalam permainan pertama Squid Game iaitu Lampu Merah Lampu Hijau.

Bagi anda yang belum tahu, permainan tersebut memerlukan setiap peserta bergerak ke depan sehingga ke garisan penamat dan harus berhenti setiap kali patung itu menyebut 'lampu merah lampu hijau'.

Setiap peserta yang bergerak selepas patung itu berhenti menyebut, mereka akan ditembak kerana dikira kalah.

Apa yang lebih menghiburkan adalah lakonan lelaki itu sangat menjadi kerana mimik mukanya seperti patung berkenaan.

"Dia ni kan ada je idea nya eh haha geram je tau" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah mencecah sehingga 4.7M views, 452K likes dan 22.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan ada juga yang seram melihat wajah patung jadian itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lawaklah beria betul dia punya effort nak jadi patung tu! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: