seismik

Berjaya Buat Ramai Nangis, Ramai Bengang Plot Twist Watak Atuk Dalam Siri 'Squid Game' Ini

Dengar cerita ramai yang menyesal kesian dekat dia.

Cover image via Netflix

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Drama Korea siri terbaru iaitu Squid Game telah berjaya menjadi trending nombor satu di Netflix sehingga sekarang

Bukan itu saja, ia telah menjadi fenomena di seluruh media sosial gara-gara jalan cerita yang sangat mendebarkan pada setiap episod.

Secara ringkasnya, ia mengisahkan sekumpulan pemain berjumlah 456 orang yang berasal daripada keluarga miskin dan berhutang telah ditawarkan untuk mengikuti permainan di sebuah tempat yang mereka tidak ketahui.

Apa yang lebih menarik adalah kesemua enam permainan tersebut merupakan permainan tradisi kanak-kanak di Korea. Namun, mereka tidak tahu agenda di sebalik permainan tersebut bahawa akan berakhir dengan kematian jika tersingkir.

Image via The Cinemaholic

Atuk tua peserta bernombor 001 raih simpati ramai, tapi tak sangka ada plot twist di hujung drama

Salah satu watak utama yang menjadi kegemaran dan berjaya bermain emosi dengan penonton adalah peserta bernombor 001 iaitu merupakan seorang lelaki tua yang dikatakan mempunyai penyakit barah di kepala.

Namun, dia juga adalah peserta yang paling aktif dan berani sejak permainan pertama lagi. Watak utama iaitu peserta bernombor 456 pula menjadi kawan baik dan sering menolong atuk tua itu di setiap permainan.

Tetapi, pengkhianatan berlaku apabila mereka terpaksa bermain sebuah permainan di mana salah seorang perlu mati sekiranya kalah.

Apa yang paling mengejutkan adalah, rupa-rupanya atuk tua itulah sebenarnya dalang di sebalik permainan gila berkenaan.

"Aku menangis masa dia kena tembak, plot twist yang kita tak jangka!" - Netizen

Selepas menonton kesemua sembilan episod Squid Game, rata-rata netizen tidak menyangka plot twist drama itu berjaya membuatkan ramai tertipu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Keseluruhannya, drama Squid Game memang best dan berjaya buat ramai bermain dengan macam-macam emosi. 10/10!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: