"Sos Halimunan" - Mamai Baru Bangun Tidur, Reaksi Si Cilik Cicah Sos Ini Pula Bikin Tawa
Kejap, mana sos dia?
Orang dulu-dulu selalu berpesan, kalau boleh elakkan tidur selepas waktu Asar dan Maghrib
Katanya, kalau tidur selepas Asar kemungkinan otak akan menjadi lembap, keliru dan akan menjadi malas. Kadangkala ada betulnya pesanan orang dulu.
Kalau anda perasan, bila kita sedar daripada tidur selepas Asar pastinya kita akan berasa mamai. Kadang-kadang, kita buat benda yang bukan-bukan sebab fikiran masih keliru betul tak?
Sama juga seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang budak perempuan kelihatan baru bangun daripada tidurnya. Tetapi gelagatnya yang masih mamai dari tidur telah mencuit hati orang ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Meja yang berwarna merah disangka sos pencicah
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia merakam telatah anaknya yang baru saja bangun daripada tidur.
Disebabkan baru bangun dan masih dalam keadaan mamai, si cilik itu terus mengambil makanan tanpa membasuh muka terlebih dahulu. Tetapi, dia dengan selamba mencicah pizza di atas meja.
Situasi itu membuatkan ramai yang terhibur kerana hanya si cilik itu saja yang nampak sos itu. Malah, ramai yang berkata mungkin disebabkan meja yang berwarna merah itu yang membuatkan dia terbayang sos di meja.
Image via @aisyah_ariffin (TikTok)
Image via @aisyah_ariffin (TikTok)
"Tinggi ilmu adik ni. Hanya dia seorang je boleh nampak sos kalis penglihatan ni" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 214.3K views, 16.4K likes dan 1,098 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik itu.
Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @aisyah_ariffin (TikTok)
Image via @aisyah_ariffin (TikTok)
Image via @aisyah_ariffin (TikTok)
Image via @aisyah_ariffin (TikTok)
Haha, mungkin dia mimpi tengah makan cucur cicah sos kot? :P
Image via Gfycat
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment