seismik

"Comelnya!" - Wanita Disamakan Dengan Watak Cikgu Besar Upin & Ipin Ini Buat Ramai Teruja

Eh, samalah!

Cover image via @wafahhhhhhh (TIkTok)

Anda semua pernah dengar kan peribahasa pelanduk dua serupa?

Peribahasa ini bermaksud dua orang yang mempunyai wajah seiras dan serupa. Semua orang pasti akan teruja apabila melihat individu yang memiliki wajah yang seiras dengannya.

Lebih-lebih lagi, apabila individu yang seiras itu merupakan seorang yang terkenal. Terus rasa bangga dek kerana muka serupa dengan orang yang popular.

Namun lain pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita disamakan dengan watak cikgu besar dalam animasi terkenal iaitu Upin & Ipin telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cikgu besar Upin Ipin real life ni nampak lagi comel

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wafahhhhhhh, kelihatan dia membalas reaksi salah satu komen dari videonya yang lepas.

Komen tersebut mengatakan wajahnya itu serupa dengan cikgu besar dalam watak animasi Upin & Ipin. Demikian itu, dia langsung membuat video dan ternyata wajahnya memang serupa dengan watak cikgu besar itu.

Malah, di ruangan kapsyennya juga dia berkata "If ada Upin Ipin live action. Les' Copaque should hire me"

"Comel lah cikgu besar ni. dah boleh buat Upin Ipin live action ni" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.7M views, 125.9K likes dan 3,832 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memuji kecomelan wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Cikgu besar live action dah jumpa, lepas ni kena cari Kak Ros live action pula :P

Image via Gfycat

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: